EV bakal bunuh sedan - ketua unit rekaan Daimler

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan IAA 2021 di Munich baru-baru ini, tidak kurang daripada lima buah kenderaan elektrik yang diperkenalkan oleh Mercedes-Benz, termasuklah dua model sedan EQS 53 AMG 2023 dan EQE 350 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda perasan, kedua-dua 'sedan' ini sudah tidak lagi mempunyai perkadaran sedan tradisional yang menggunaan rekaan tiga kotak, seperti yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz pada model-model C-Class dan juga E-Class.

Rekaan baharu kedua-dua sedan EQE dan EQS itu dilihat seakan campuran sedan, hatchback (lebih kepada liftback) dan coupe. Kenapa begitu?

Menurut laporan daripada Top Gear, bos rekaan Daimler Gorden Wagener menjelaskan, proses elektrifikasi model masa kini bakal membunuh sedan tradisional (dengan rekaan konvensional tiga kotak) atas beberapa sebab.
 

EQS


"Sebab pertama, aspek aerodinamik. Sebab kedua, proses memuatkan pek bateri setebal enam inci ke dalam sedan tiga kotak tidak menjadikannya nampak menarik, ia nampak buruk. Jadi anda perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan rekaan akhir lebih seimbang.

Meskipun peralihan kepada trenkuasa elektrik memberikan lebih kebebasan dari segi rekaan, sedan-sedan premium bertaraf mercu sememangnya memerlukan pek bateri yang jauh lebih besar, dan menurut Wagener ini akan merosakkan perkadaran anggun yang terdapat pada rekaan sedan tiga kotak tradisional.

"Disebabkan itu, kami hadir dengan rekaan yang agak berani untuk model-model sedan EQ, disebabkan ia jauh lebih bergaya.

"Pada masa hadapan, kami perlu memastikan supaya tidak semua model adalah sama dari segi reka bentuk, namun kebimbangan ini sebenarnya telah pun wujud sejak 30 tahun yang lalu. Kami berjaya menjadikannya kelihatan berbeza, dan saya yakin kami mampu melakukannya pada masa akan datang.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran Corolla Commercial telah dikemaskini untuk tahun 2023 dengan membawakan perubahan dari…
Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Global
Ini kerana disebalik rupa paras Porsche yang amat klasik itu, tersembunyi trenkuasa yang mampu…