EV - agensi bumiputra patut rebut peluang

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebangkitan EV di seluruh dunia bukan satu perkara baharu. Negara-negara jiran sendiri dilihat begitu aktif untuk membangunkan perusahaan EV masing-masing.

Thailand contohnya, mahu terus berkuasa di dalam sektor automotif dan perubahan segera mereka ke arah negara pro EV dilihat sebagai usaha terpenting negara.Kebangkitan EV di seluruh dunia bukan satu perkara baharu. Negara-negara jiran sendiri dilihat begitu aktif untuk membangunkan perusahaan EV masing-masing.

Thailand contohnya, mahu terus berkuasa di dalam sektor automotif dan perubahan segera mereka ke arah negara pro EV dilihat sebagai usaha terpenting negara.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Begitu juga Indonesia yang juga melihat kebangkitan EV sebagai peluang untuk mengubah persepsi dunia kepada negara itu. Hasilnya, banyak syarikat automotif mula memberikan fokus ke sana dengan pelancaran pelbagai model baharu.

Di Malaysia, baru-baru ini TNB dan MARii, sebuah agensi di bawah MITI sudah mula mengorak langkah untuk mewujudkan jalinan persefahaman bagi mengkaji secara serius tentang perubahan negara ke arah penggunaan EV secara lebih menyeluruh.

Walaupun saya kira ia sepatutnya dilakukan bertahun dahulu, perkembangan itu masih sesuatu yang positif. Langkawi juga bakal menjadi hab EV untuk kajian penggunaan boleh dilakukan dengan lebih lengkap. 

Pada hemat saya, Pulau Pinang lebih sesuai kerana kepadatan penduduk yang tinggi, kebolehan pasaran yang lebih kukuh untuk membantu sektor penjualan EV dan gayahidup yang lebih sesuai dengan objektif kajian. Sayang sekali, saya kira perbezaan politik negeri kepulauan itu mungkin menjadi punca utama ini tidak berlaku.

Kenderaan elektrik atau EV ini sebenarnya bakal mengubah lanskap industri automotif - bermakna apa yang wujud sekarang akan berubah kerana EV memerlukan prinsip asas yang berbeza.

Baik dari segi penggunaan, cara penjualan, konsep perniagaan dan industri sokongan yang digunakan/diperlukan oleh EV berbeza dari apa yang kita ada sekarang.

Ia adalah satu punca kenapa saya sendiri melabur untuk membeli EV, kerana hanya bacaan di internet ternyata tidak cukup untuk memahami apa yang diperlukan oleh pengguna.

 

 

Satu agenda Bumiputra yang saya harap bakal dilakukan sekarang ialah agensi-agensi Bumiputra seperti MARA dan PUNB memulakan program pelaburan untuk mencipta usahawan Bumiputra berkaitan EV.

Di bawah ialah antara bidang-bidang yang boleh diterokai oleh pengusaha Bumiputra untuk menjadi pelopor di dalam industri EV.

1. Pembinaan dan penyelenggaraan pengecaj dan stesen caj EV
Ini sama seperti industri pendingin hawa di rumah. Ramai bakal memasang pengecaj EV di rumah dan ia memerlukan pengetahuan elektrikal. Kursus-kursus boleh diwujudkan untuk skil ini dan TNB mungkin boleh mewujudkan satu sistem di mana hanya mereka yang bertauliah sahaja dibenarkan untuk memasang pengecaj EV.

2. Bengkel penjagaan/baik pulih EV
Ini ialah kunci utama di dalam industri penyelenggaraan kenderaan EV. Jika ada yang berkata EV tidak memerlukan penyelenggaraan dan tidak akan ada komponen yang bakal rosak, ia bermakna mereka itu tidak pernah menggunakan EV. Mara dan PUNB boleh memberikan latihan dan pinjaman untuk pengusaha bengkel automotif bumiputra boleh belajar berkaitan cara membaiki EV. 

3. Pakar membaiki komponen EV
Ini lebih kompleks dari penjagaan. Antara komponen EV yang boleh rosak ialah unit onboard charger dan juga inverter. Pusat servis rasmi tidak akan membaiki komponen-komponen tersebut dan akan terus menggantikannya, menjadikan kos terlalu tinggi. Seperti alatan elektronik yang lain, kerosakan sering berlaku pada papan litar dan ia sebenarnya mudah dan murah untuk dibaiki. Untuk menjadi pakar, bengkel perlu EV untuk latihan dan ini juga memakan kos yang tinggi.

4. Penukaran bateri
Nilai jual balik sebuah kenderaan di Malaysia adalah antara isu utama. Jika kenderaan itu tidak mempunyai nilai jual balik yang tinggi, ia bakal dibunuh dalam pasaran. EV buat masa sekarang mempunyai nilai jual balik yang terlalu rendah kerana tidak ada bengkel yang mampu membaik pulih dengan harga yang menarik. Bayangkan jika kita ada bengkel yang mampu menukar bateri EV - nilai harga terpakainya pasti naik lebih tinggi dari kenderaan petrol sekarang kerana bateri baharu ialah umpama kenderaan baharu. Ini ditambah dengan fakta bahawa ada EV, contohnya Nissan Leaf, yang menggunakan sistem penyejukan udara untuk bateri dan menjadikan baterinya susut prestasi selepas empat tahun beroperasi. Dengan ada bengkel yang boleh menukar bateri EV, masalah ini boleh diatasi secara kos efektif.

Ini adalah empat cabang perniagaan yang boleh dipelopori oleh pengusaha Bumiputra. Namun begitu, modal yang diperlukan sekarang lebih menjerumus ke arah "skill acquisition" atau mendapatkan skil tersebut.

Tidak ada cara lain tetapi mereka perlukan EV terpakai untuk belajar berkaitan kenderaan itu. Sekiranya agensi-agensi MARA, PUNB dan lain-lain mahu menjadikan pengusaha bumiputra ke hadapan di dalam industri EV, ini ialah peluang keemasan yang perlu diambil kerana saya sangat pasti skil ini tidak wujud di Thailand dan Indonesia.

Malaysia sebenarnya negara pelopor EV di Asia Tenggara. Jangan bazirkan status dan pengalaman yang ada. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan…
Berita Domestik
"Malaysia adalah lokasi yang sangat menarik, kita adalah pengeksport produk semikonduktor keenam…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…