EV 101: Mari kita belajar istilah berkaitan kereta elektrik (EV)

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2018-2022 ini bolehlah penulis sifatkan sebagai zaman peralihan daripada generasi kereta berenjinkan pembakaran dalaman (internal combustion engine) kepada kereta berkuasa elektrik sepenuhnya (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jadi, memandangkan Malaysia juga sudah terkena tempias EV daripada pasaran global dan bagi memudahkan pemahaman di kalangan para pembaca dan pembeli EV berpotensi, kami sediakan definisi terma umum berkenaan EV sebagai rujukan kita bersama. 

Terima kasih kepada MyEV.com atas senarai istilah yang berkaitan. 

 

1. Amp

  • singkatan kepada ampere. 
  • merupakan unit asas SI (Systeme International) untuk arus elektrik apabila satu volt (V) diaplikasikan kepada rintangan berjumlah satu ohm (Ω). 


2. Bateri 

 

  • salah satu komponen penting di dalam EV untuk menyimpan tenaga elektrik sebelum menyalurkannya kembali kepada sistem elektrik di dalam kereta
  • sesetengah kerajaan menyarankan pengeluar mendatangkan jaminan bateri selama lapan tahun minimum atau 100,000 km yang mana terdahulu. 

3. Bateri lithium-ion

  • komponen paling kerap dijumpai di dalam peranti moden seperti telefon pintar dan laptop
  • EV juga menggunakan bateri jenis ini. 
     

4. Brek Regeneratif

 

  • sistem memberhentikan kenderaan yang mampu memulihkan kuasa yang hilang ketika proses nyah-pecutan dan pembrekan dan disalurkan kembali kepada pek bateri
  • sistem ini turut digelar sebagai pemanduan pedal tunggal (one pedal operation) dan digunakan pada Chevrolet Bolt EV dan juga Nissan Leaf
     

5. Daya kilas (torque)

  • mengikut terma, daya kilas didefinisikan sebagai daya yang mampu menyebabkan sesebuah objek untuk berputar dan diukur dalam unit Nm (Newton meter).
  • tidak seperti enjin yang mempunyai julat putaran tertentu untuk menghasilkan daya kilas sepenuhnya, motor elektrik mempunyai kuasa 100% daya kilas sejak dari mula
  • oleh sebab itu kebanyakan EV mampu memecut dengan pantas berbanding kereta biasa


6. EV

  • singkatan kepada electric vehicle, atau kenderaan elektrik


7. Jarak Operasi (Range)

  • jumlah jarak yang membolehkan sesebuah EV mampu berjalan sebelum bateri kehabisan kuasa


8. Kuasa kuda

 

  • secara asasnya, unit kuasa kuda (horse power) adalah lebih dekat di jiwa untuk memahamkan perihal kuasa yang dihasilkan oleh output motor elektrik.
  • ia juga boleh dinilai dalam terma kilowatt (kW)
     

9. Kilowatt

  • unit pengukuran untuk tenaga elektrik
  • 1 kW adalah bersamaan dengan 1.34 hp.


10. Kilowatt per jam (Kilowatt per hour, kWh)

  • unit pengukuran tenaga elektrik yang bersamaan dengan penggunaan tenaga yang dihasilkan oleh 1000 watt dalam masa satu jam
  • kapasiti bateri EV dikira dalam unit kWh
  • agensi seperti Environmental Protection Agency menggunakan kWh/100 mile bagi menggambarkan penggunaan tenaga sebenar dalam EV


11. Proses pengecasan (Charging)

 

  • seperti peranti pintar, EV juga memerlukan sistem pengecasan untuk menggantikan kembali tenaga elektrik yang telah digunakan ketika pemanduan
  • terdapat beberapa tingkat pengecasan yang hadir untuk kegunaan EV

 

ev charging


12. Proses Pengecasan Tahap 1 (Level 1 Charging) 

  • menggunakan slot kuasa dinding standard 110 voltan
  • memerlukan masa antara 8-24 jam untuk mengecas penuh bateri, menjadikan ia proses paling perlahan untuk sebuah EV


13. Proses Pengecasan Tahap 2 (Level 2 Charging)

  • kebanyakannya digunakan pada tempat pengecasan umum seperti di pejabat dan di pusat membeli belah
  • menggunakan litar elektrik berkuasa 240 voltan
  • masa pengecasan lebih pantas berbanding Level 1


14. Proses Pengecasan Tahap 3 (Level 3 Charging)

  • dikenali juga sebagai DC Fast Charging, ia merupakan cara paling pantas digunakan, namun ia hanya didapati dengan jumlah lokasi yang amat terhad
  • mampu mengecas bateri sehingga 80% dalam masa setengah jam sahaja


15. Pengecasan tanpa wayar 

 

  • proses pengecasan bateri tanpa bantuan daripada wayar penghubung daripada sumber kuasa kepada EV.
  • syarikat seperti Qualcomm dan Continental sebelum ini telah mendedahkan prototaip rekaan stesen pengecas tanpa wayar ini, malah ia sebenarnya boleh diperluaskan kepada kawasan parkir terbuka.
  • selamat tinggal wayar yang berselirat!

 

16. REX (range-extended EV)

  • sebuah EV dengan enjin petrol bersaiz kecil, digunakan untuk menghidupkan kembali motor elektrik sewaktu pek bateri kehabisan kuasa
  • ia hanya berfungsi sebagai penambah jarak (range extender) dan bukan menggantikan fungsi EV secara kekal


17. Sifar emisi (ZEV)
 

 

  • nama penuhnya zero-emission vehicle, di mana terma ini mewakili kesemua kenderaan berkuasa elektrik sepenuh masa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…