Euromobil diiktiraf oleh Audi AG

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Euromobil Sdn Bhd (Euromobil), pengedar terbesar kenderaan penumpang Audi di Malaysia dan ahli Kumpulan DRB-HICOM (DRB-HICOM) mengumumkan bahawa lebih daripada 51% daripada kakitangannya telah memperolehi pensijilan rasmi daripada Audi. DSC06051 Kakitangan yang terlibat termasuklah juruteknik, pekerja barisan hadapan dan pekerja selepas jualan, manakala 25% lagi kakitangannya bakal memperolehi pensijilan yang sama menjelang akhir tahun ini. Pensijilan ini termasuklah modul latihan seperti Juruteknik Asas Audi, Juruteknik Pakar Audi, Juruteknik Diagnosis Audi, Juruteknik Utama Audi, Penasihat Perkhidmatan Audi, Perkhidmatan Pelanggan Audi dan Program Sijil Perkhidmatan Pengurusan Audi. DSC06050 Modul-modul ini, yang meliputi semua aspek khidmat latihan termasuklah sistem am serta pengenalan model dan teknologi terkini, telah diluluskan oleh Audi AG di Jerman. Program pensijilan ini selaras dengan aspirasi Euromobil untuk terus memastikan juruteknik syarikat mempunyai kepakaran dalam mengendalikan teknologi terkini dari Audi, ini bagi memastikan kenderaan pelanggan dikendalikan oleh kakitangan yang cukup terlatih. "Seiring dengan program pensijilan Audi ini, pasukan selepas jualan kami juga akan dihantar untuk latihan dan pembangunan yang berterusan bagi memastikan kemahiran mereka setanding dengan peningkatan teknologi Audi, sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini bagi memastikan pemilik kenderaan Audi sentiasa yakin kereta mereka dalam keadaan terbaik selepas diselenggara oleh juruteknik terlatih di Euromobil," kata Ketua Pegawai Eksekutif Euromobil, Jack Zaal. IMG_0636_lores Sebagai pengedar Audi terbesar di Malaysia, Euromobil telah melaksanakan pelbagai usaha yang berterusan dalam meningkatkan perkhidmatan selepas jualan. Audi AG telah mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai nombor satu di dunia dari segi kecekapan teknikal, kualiti pemrosesan serta proses pemantauan operasi yang menekankan polisi kesalahan sifar. "Sejajar dengan visi Euromobil untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, saya bangga dengan usaha berterusan pasukan selepas jualan syarikat bagi meningkatkan kemahiran mereka bagi memastikan para pelanggan merasai pengalaman pemanduan yang menakjubkan", tambah Jack lagi. Audi-Q3-2012-003 Waktu operasi bagi semua pusat servis Euromobil di Lembah Klang dan juga Audi Juru ialah dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu. Pusat perkhidmatan Audi, Johor Bahru pula beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga jam 5.30 petang pada hari bekerja sahaja, manakala dari 8:30 pagi hingga12:30 tengah hari pada hari Sabtu. Semua pusat servis Audi ditutup pada hari Ahad.