Euroformula Open: Nazim harumkan nama Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Pelumba muda negara, Nazim Azman mempamerkan pemanduan terbaiknya pada perlumbaan pusingan ketiga Euroformula Open apabila meraih tiga podium berturut-turut ketika bersaing di Litar Spa-Francorchamps, Satvelot Ahad lalu.


Nazim yang beraksi bersama pasukan CryptoTower Racing memasang impian untuk muncul juara pada perlumbaan tersebut, namun impiannya masih belum kesampaian apabila disaingi hebat pelumba Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Satu perlumbaan yang saya amat berpuas hati walaupun saya berpeluang untuk muncul juara di Belgium. 

 

“Sebelum ini saya pernah berlumba di Litar Spa-Francorchamps pada kejohanan British Formula 3, namun keputusan ketika itu amat mengecewakan. Bagaimanapun, kali ini saya meraih tiga podium dan kutipan mata untuk berada di tempat ketiga bagi Euroformula Open. 

 

“Pada kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan semua kemenangan podium saya kepada siapa sahaja yang meraikan hari lahirnya beberapa hari lalu dan khas buat ayah sempena Hari Bapa sedunia,” kataya.

 

nazim 2

 

Pada perlumbaan pertama, Nazim yang memulakan saingan di petak keenam memperagakan pemanduan terbaik apabila berjaya memintas empat pelumba di hadapannya untuk berada di posisi kedua.

 

Nazim cuba memberi tentangan kepada rakan sepasukannya, Louis Foster, namun gagal sebelum berpuas hati mengakhiri saingan di tempat kedua pada Perlumbaan 1.

 

Pada Perlumbaan 2, Nazim dilihat berpeluang untuk muncul juara, namun tidak berupaya mempertahankan kedudukan selepas menerima tentangan hebat daripada pelumba Britain, Foster sekali gus terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan di tempat ketiga.

 

Pada perlumbaan terakhir, Nazim cuba mencari kemenangan sulung selepas berjaya memulakan saingan di petak keempat. Kelebihan tersebut digunakan sebaik mungkin dan sekali lagi berada di posisi kedua.

 

Bagaimanapun, Nazim sekali lagi mengulangi skrip yang sama apabila terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga selepas Foster mendominasi saingan dengan menawan perlumbaan tersebut.

 

Hasil daripada ketiga-tiga perlumbaan tersebut, Nazim kini menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan 118 mata dalam carta kedudukan pemandu dan dipisahkan 58 mata dengan peserta AS, Cameron Das yang mengumpul 176 mata bagi tempat pertama.

 

Foster yang menjuarai dua perlumbaan tersebut menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 157 mata dan dipisahkan 39 mata dengan Nazim.

 

 

euroformula

K! ONLINE