Euro7 bakal bunuh enjin diesel dan petrol menjelang tahun 2026

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak sampai lima tahun lagi, syarikat-syarikat automotif di Eropah akan mengalami masalah untuk menjual kenderaan dengan enjin-enjin diesel dan petrol.

Ini adalah apa yang dinyatakan sendiri oleh pengeluar-pengeluar kenderaan Eropah berkaitan pengenalan undang-undang pengeluaran asap Euro 7 yang akan diperkenalkan dalam tahun 2025 kelak. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun undang-undang itu masih belum habis dibincangkan, Persatuan Pembuat Kenderaan Eropah (ACEA) yang mewakili kesemua pembuat kenderaan di benua tersebut bersetuju bahawa cadangan memperkenalkan Euro 7 bakal membunuh kenderaan-kenderaan dengan enjin petrol dan diesel, terutama model-model bersaiz kecil, termasuk kenderaan-kenderaan hibrid.

Cara ujian Euro 7 juga bakal membunuh trak-trak pikap serta SUV kerana ia akan menghasilkan asap yang lebih toksik ketika menarik beban seperti treler.

Ujian-ujian Euro 7 lain yang bakal menjadi masalah untuk lulus termasuklah ujian menghidupkan enjin sejuk, pemanduan start-stop semasa kesesakan jalanraya, pecutan deras dan mendaki bukit.

Ia juga memerlukan penggunaan "super catalyst" yang mahal, dan ini akan menjadikan harga meningkat dengan banyak.

Euro 7 turut mewajibkan alat kawalan asap yang tahan lasak dan memberikan bacaan tepat untuk jarak perbatuan sekurang-kurangnya 240,000 km.

Kesukaran beginilah yang menyebabkan ramai syarikat kenderaan memberikan fokus kepada Asia Tenggara kerana ujian piawaian asap yang masih mesra karbon dan undang-undang perlindungan pengguna yang tidak begitu ketat akan memudahkan mereka beroperasi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Berdasarkan dokumen Kesatuan Eropah yang terbocor baru-baru ini, ia memberikan petunjuk tidak akan…
Berita Global
Namun masa depan model hatchback tersebut tidak menentu berdasarkan laporan terbaharu oleh akhbar…