EURO NCAP umum senarai kereta paling selamat 2021

oleh Mohamad Hanif|
Program penilaian kenderaan baharu Eropah, Euro NCAP baru-baru ini memperlihatkan senarai kenderaan dengan skor markah terbaik untuk tahun 2021.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Terdapat beberapa buah kenderaan disenaraikan mengikut kategori masing-masing, dan tahun 2021 menyaksikan Mercedes-Benz EQS berjaya merangkul gelaran Best in Class untuk kategori sedan eksekutif dan kenderaan elektrik.

Markah Best in Class dibuat berdasarkan pengiraan terhadap skor dalam empat aspek penilaian, iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa, Perlindungan Penumpang Kanak-kanak, Perlindungan terhadap Pejalan Kaki serta Ciri Bantuan Keselamatan.

Malah, skor keseluruhan hanya dikira berdasarkan kelengkapan keselamatan standard, dan bukannya kelengkapan opsyen.

Berikut merupakan senarai kenderaan yang dinobatkan sebagai Best in Class tahun 2021:

Executive - Mercedes-EQ EQS
Large Off-Road - Skoda ENYAQ iV
Pure Electric - Mercedes-EQ EQS
Small Family Car - Skoda Fabia
Small MPV - Toyota Yaris Cross
Small Off-road - Nissan Qashqai

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…
Berita Global
Omada 5, antara model baharu yang diperkenalkan Chery telah menerima pelbagai pengiktirafan di…
Berita Global
  Berada di Eropah bermaksud bukan boleh dijual begitu sahaja, peraturan keselamatan di sana…