EU lulus larangan jual kereta petrol, diesel menjelang 2035

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Guardian
Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini memenangi undian bagi cadangan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk mengharamkan penjualan kenderaan baharu berenjin petrol dan diesel menjelang 2035.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut diluluskan dengan sokongan 339 undi, sementara 249 lagi tidak menyokong langkah pengharaman tersebut.

Di Eropah, kereta menyumbang 12 peratus daripada jumlah pelepasan emisi CO2, sementara sistem pengangkutan keseluruhan menyumbang kira-kira satu perempat.

Parti konservatif European People's Party (EPP), kumpulan ahli parlimen terbesar dalam EU berusaha untuk menolak cadangan tersebut dan membenarkan penjualan kenderaan hibrid diteruskan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Percubaan untuk menganjakkan tarikh akhir ke 2030 juga nampaknya menemui jalan buntu.

Pihak konservatif juga tidak dapat meneruskan pindaan untuk mengambil kira jejak karbon berkaitan pengeluaran kereta, di mana ia berpotensi membenarkan pengeluar untuk menumpukan perhatian pada bahan api sintetik (e-fuel) yang diperbuat daripada hidrogen dan CO2 dihasilkan daripada sumber diperbaharui.

Perkembangan ini mendapat reaksi berbeza, di mana ada pihak yang mendakwa langkah pengharaman ini bakal memberikan kesan kepada aktiviti industri dan 'menghukum' pengguna.

Sumber: France24

Berita Berkenaan

Berita Global
Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata semalam rancangan yang akan beroperasi di bawah kerajaan…
Berita Global
Kod designasi yang telah digunakan selama 111 tahun itu akan ditukarkan kepada kod baharu 'UK'…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak biasa dengan jenama Rolls-Royce, Spirit of Ecstasy merupakan sebuah arca…