EU haramkan Spirit of Ecstasy Rolls-Royce beriluminasi - alasan pencemaran cahaya!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berita berkenaan regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat, para pemilik Rolls-Royce kini menghadapi masalah baharu - kereta mereka kini tidak lagi boleh dipasang Spirit of Ecstasy beriluminasi!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mereka yang tidak biasa dengan jenama Rolls-Royce, Spirit of Ecstasy merupakan sebuah arca ikonik yang bertenggek di atas hud enjin, dan kemaskini terbaharu yang didatangkan membolehkan arca tersebut bercahaya di dalam gelap.

Spirit of Ecstasy yang beriluminasi itu pertama kali diperlihatkan pada model konsep elektrik 102EX pada tahun 2011, dan ia merupakan opsyen yang ditawarkan pada generasi terdahulu Ghost, Dawn, Wraith, Cullinan dan Phantom.

 


Menurut Daily Mail yang berjaya menghubungi pihak Rolls-Royce, opsyen Spirit of Ecstasy beriluminasi itu sebenarnya tidak lagi ditawarkan pada permulaan 2019 disebabkan perubahan regulasi EU berkenaan pencemaran cahaya yang dihasilkan oleh hiasan tersebut.

Jurucakap Rolls-Royce dalam satu kenyataan menjelaskan, "pada Februari 2019 kami telah menghantar satu buletin kepada para pengedar berkenaan keputusan untuk tidak lagi menawarkan opsyen Spirit of Ecstasy, dan ia kini tidak lagi ditawarkan kepada para pelanggan kami.

Berita ini bukan sahaja mengejutkan para pembeli model Rolls-Royce yang baharu, malah model-model yang telah dilengkapkan dengan opsyen bernilai £3,500 (RM18,820) perlu menggantikannya kepada versi asal.

Berita Berkenaan

Berita Global
Spirit of Ecstasy telah didaftarkan sebagai harta intelek Rolls-Royce pada 6 Februari 1911. Sejak…
Berita Global
Rekaan terbaharu Spirit of Ecstasy ini 'lahir' dari ukiran digital yang dihasilkan di dalam…
Berita Global
Terletak tidak jauh daripada kilang induk, Rolls-Royce memiliki kira-kira 250,000 ekor lebah yang…