ETS dari JB ke Padang Besar bermula 2022

oleh Shahrim Tamrin|
Rakyat Johor akan dapat menikmati perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke penghujung sempadan di utara bermula 2022.
Modenas

Sebanyak 11 stesen keretapi yang baru juga akan dibina di Johor apabila projek landasan berkembar dari Gemas hingga Johor Bahru dijangka siap kelak pada 31 Oktober, 2021.

Menteri Pengangkutan  Anthony Loke menyatakan bahawa trek berkembar yang akan menelan kos RM8.9 billion untuk sepanjang 197km dari Gemas kini berada di peringkat 20 peratus pembinaan.

 

 

“Kerajaan Johor pula mohon pertambahan stesen di antara Kulai dan Kempas Baru. Kita boleh pertimbangkan tetapi ini akan libatkan kos yang lebih dan ia perlu dirujuk kepada Jemaah Kabinet,” kata Loke selepas mengadakan mesyuarat bersama Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad tengahari ini.

Projek landasan berkembar yang diluluskan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdahulu akan mempunyai 11 stesen iaitu Layang-layang, Mengkibol, Kulai, Kempas Baru, Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh dan Rengam.

“Setelah siap kelak, landasan berkembar ini akan melengkapkan rangkaian keretapi pantai barat dari Padang Besar hingga la penghujung selatan Semenanjung,” tambah Loke lagi.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  "Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan setiap hari manakala KTM Antarabandar masih mengekalkan…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata ini kerana salah seorang mangsa wabak…
Informasi
  Menerusi pelaksanaan itu, pengguna ETS boleh mendapatkan tiket tambang perjalanan yang lebih…