eTruck: Trak elektrik MAN hampir siap untuk dijual - jarak gerak 800km!

oleh HEZERI SAMSURI|
MAN Truck & Bus sebentar tadi melancarkan trak elektrik mereka, eTruck yang mempunyai jarak gerak sehingga 800km dan juga dengan kebolehan pengecaj megawatt (MCS - Megawatt Charging System).

Pelancaran itu dilakukan di Pameran IAA di Hannover, Jerman oleh Alexander Vlaskamp, CEO untuk MAN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

eTruck itu sudah hampir siap untuk dihasilkan bagi jualan umum yang bakal bermula dalam tahun 2024.

Ia juga direka bukan hanya untuk menarik beban bagi perjalanan jarak jauh, tetapi khusus untuk aplikasi-aplikasi lain dalam kegunaan mana-mana trak diesel.

MAN juga sudah menggunakan 20 unit-unit prototaip eTruck untuk menguji proses pemasangan bagi membolehkan kilang mereka bersedia untuk memasang kedua-dua jenis trak - elektrik dan juga diesel biasa di dalam satu sistem pengeluaran yang sama.

 

 

Proses penghasilan bateri dengan skala pengeluaran tinggi juga bakal bermula di kilang MAN di Nuremberg dalam tahun 2025 dengan kapasiti sebanyak 100,000 pek bateri setahun.

Menurut siaran akhbar MAN, eTruck akan mempunyai jarak gerak antara 600 ke 800km setiap hari tetapi bakal mencecah sejauh 1,000 km pada masa akan datang. 

Untuk membantu pelanggan mereka berubah dari trak diesel ke elektrik, MAN sudah mula melakukan usaha untuk melatih mereka dalam proses perubahan itu dengan sesi rundingan digital 360-darjah eMobility.

 

 

 

Sistem MAN eReadyCheck mampu memberikan sokongan kepada pelanggan agar mereka boleh memeriksa laluan trak mereka itu boleh menggunakan elektrik sepenuhnya.

Program digital MAN eManager pula membenarkan pihak syarikat untuk memerhati dan memeriksa informasi berkaitan caj bateri bagi eTruck setiap masa.

MAN juga mengumumkan ia akan membina sekurang-kurangnya 1,700 pengecaj berkapasiti tinggi di lebuhraya atau berhampiran lebuhraya dan hab logistik di seluruh Eropah.

Pengecaj-pengecaj itu akan dibina dengan bantuan kolaborasi Kumpulan TRATON dan ia akan melabur sebanyak 500 juta Euro untuk tujuan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang…
Berita Domestik
Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan…
Berita Global
Rangkaian pengecaj elektrik adalah antara halangan utama untuk mewujudkan penggunaan trak dan bas…