ethec - motosikal elektrik rekaan pelajar universiti, mampu capai jarak sejauh 400km!

oleh Mohamad Hanif|
Sekumpulan pelajar Universiti Zurich telah mereka bentuk sebuah motosikal elektrik dengan jarak pengoperasian yang mampu mencapai 400 km dengan sekali pengecasan penuh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Projek itu melibatkan seramai 14 orang pelajar bagi memberikan pendedahan kepada mereka proses-proses kritikal yang diperlukan di dalam membangunkan sesebuah produk. 

Function over form. Itulah yang boleh ditafsirkan apabila pertama kali motosikal yang digelar 'ethec' itu didedahkan kepada umum. 

Dengan rekaan yang agak agresif, motosikal elektrik ini dilengkapkan dengan bateri lithium ion 15 kWh dan sebuah motor elektrik di bahagian roda hadapan bagi menjana kuasa elektrik ketika proses pemberhentian dilakukan. 

Sistem penyejukan motosikal ini menggunakan sistem thermoelektrik yang digabungkan dengan sistem penyejukan secara terus menggunakan minyak pada sel bateri. 
 


Motosikal ini turut didatangkan dengan skrin sentuh sebesar tujuh inci, sistem tanpa kunci serta butang menghidupkan enjin. 

Walaupun dengan rekabentuk yang agak minimalis, ethec menampilkan elemen klasik sebuah motosikal seperti penggunaan tube frame yang serba ringan, swing arm dan fork hadapan berbentuk trapezoid. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam perbincangan berkenaan mereka meminta kita (Kerajaan Perak) menyediakan lokasi pembangunan…
Berita Global
Kobalt digunakan di dalam pembinaan bateri lithium-ion, di mana ia menjadi antara bahan untuk…
Berita Global
Berdasarkan kajian terbaharu oleh para pengkaji dari Ben-Gurion University of the Negev mendapati…