ETCM umum kolaborasi bersama AirAsia BIG

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sempena penyampaian majlis hadiah Kempen Millionaire Drive ETCM di Paradigm Mall, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd secara rasminya telah mengumumkan kolaborasi dengan AirAsia BIG. Pengumuman itu telah dibuat oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh dan Pengurus Besar WCT Malls, Vincent Chong. “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AirAsia BIG dan mempunyai banyak perancangan menarik untuk terus bekerjasama pada tahun depan. Ini sekaligus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan para pelanggan kami.” kata Dato’ Dr Ang. 02 Millionaire Drive_Representative of Grand Prize Winner Pada majlis itu juga, ETCM dan AirAsia BIG menyerahkan Hadiah Utama Kempen Millionaire Drive ETCM iaitu 300,000 Mata Ganjaran BIG kepada pemenang kempen bulan Oktober, Che Zainun Tun Binti Mohammed yang merupakan pembeli Nissan Almera 1.5E AT. Mata Ganjaran tersebut membolehkan beliau menikmati perjalanan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau pelbagai lokasi dalam negara sebanyak lima kali. Selain itu seramai 14 orang pemenang Hadiah Saguhati juga telah membawa pulang 50,000 Mata Ganjaran BIG setiap seorang. Mereka berpeluang untuk melancong ke pelbagai destinasi tempatan atau dua penerbangan pergi balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai. Kempen tersebut yang akan diteruskan untuk bulan November dan Disember bakal menyaksikan 15 orang pelanggan yang membeli dan mendaftar kenderaan Nissan dalam bulan tersebut berpeluang memenangi sebahagian daripada 1,000,000 Mata Ganjaran BIG setiap bulan. Layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut.