ETCM tawar pakej aksesori untuk Nissan Almera Turbo

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan beberapa pakej aksesori untuk disesuaikan dengan sedan segmen B terbaharu mereka - Nissan Almera Turbo.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Terdapat sehingga empat pakej aksesori menarik ditawarkan kepada pelanggan dan turut hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km yang mana terdahulu.

Pakej tersebut adalah:

1. Pakej Gayaan Dalaman (RM400)
-Lampu kabin, Trunk Tray, Kick Plates dengan logo Almera

2. Pakej Gayaan Luaran (RM950)
-visor pintu, pelindung pemegang pintu kemasan gentian karbon, spoiler belakang hitam berkilat

3. Pakej Perlindungan (RM1,950)
-Filem Tinted Solar Gard Armorcoat, Perakam Video Pemanduan Depan dan Belakang

4. Pakej Perlindungan Tambahan (RM2,750)
-Naik taraf kepada filem tinted V-KoolTM Elite

 


Untuk mereka yang mahu membeli aksesori yang tersenarai di atas tanpa  melalui pakej yang ditawarkan, harga jualan setiap satu adalah seperti berikut:

Barangan

Harga (RM)

Lampu Kabin LED

150

Trunk Tray

220

Kick Plates (Hadapan dan Belakang)

200

Visor Pintu

400

Pelindung Pemegang Pintu (2 unit)

60

Spoiler Belakang Berwarna Hitam Berkilat (VL & VLP sahaja)

780

Perakam Video Pemanduan Dua Saluran

1,200

Filem Tinted Solar Gard Armorcoat®

1,500

Filem Tinted V-Kool™ Elite

2,800

Tempat Duduk dibalut Kombinasi Kulit dengan Kemasan Berwarna Kelabu Gelap (VL sahaja)

1,380

 


Orang ramai dijemput merasai sendiri pengalaman pemanduan Nissan Almera Turbo baharu di beberapa pusat pameran terpilih, dan berpeluang untuk memenangi 15 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Pelancaran
Pakej tersebut dimulakan dengan kit badan berharga RM2,500 merangkumi item berikut: kit bampar…
Berita Global
Pakej penggayaan tersebut terdiri daripada penawaran kit badan merangkumi lower skirt untuk kedua-…