ETCM perkenalkan edisi terbaharu Nissan X-trail X-tremer dan Aero

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan pakej agresif X-Tremer dan Aero Edition untuk barisan model Nissan X-Trail baharu.


Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Nissan X-Trail X-Tremer baharu direka khas untuk mereka yang mahukan rekaan berani dan avant-garde. Manakala Aero Edition pula khas buat untuk mereka yang mahukan sebuah SUV berpenampilan bergaya dan elegan.


Kami percaya bahawa penambahbaik yang baru dalam X-Trail ini bersama teknologi keselamatan terkini Nissan Intelligent Mobility dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan kualiti pemanduan dinamik serta gayaan tersendiri.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

X-Trail X-Tremer baharu hadir dengan penampilan agresif dalam pilihan warna luaran dua tona; 


Merah (Imperial Red) baharu, Putih (Brilliant White) atau Perak (Tungsten Silver) bersama bumbung dengan siluet berwarna hitam, rel bumbung dan spoiler belakang.  

 


px2

 

X-Tremer juga dilengkapi dengan komponen-komponen baharu yang digelapkan termasuk gril V-Motion baharu, aero bampar TOMEI pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, cermin sisi serta rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam. 

 


Manakala tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna perang, papan pemuka, pelindungan lutut dan perehat tangan dengan kemasan kulit nyata membuatkan SUV ini kelihatan lebih sofistikated.  
 

 

 

Bukan itu sahaja, X-Trail juga tampil dengan Aero Edition. Ia dilengkapi dengan aero bampar TOMEI kemasan perak pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam, serta kemasan kulit Nappa mewah kepada ruang dalaman seperti yang ada pada X-Tremer. 

 


X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu hitam (Diamond Black), coklat (Imperial Umber) dan hijau (Titanium Olive).
 

 

 

Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition baharu ditawarkan dalam empat varian iaitu 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD dan semua varian memperoleh status kenderaan cekap tenaga (EEV). 

 


Ia hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan tanpa had perbatuan (termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion). Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

 

Varian

X-Trail X-Tremer baharu

(Dua Tona)

X-Trail Aero Edition Baharu

Semenanjung  Malaysia

Sabah & Sarawak

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

2.0L 2WD

RM140,888

RM143,388

RM138,888

RM141,388

2.0L 2WD MID

RM152,888

RM155,388

RM150,888

RM153.388

2.5L 4WD

RM160,888

RM163,388

RM158,888

RM161,388

2.0L HYBRID

RM166,888

RM169,388

RM164,888

RM167,388

*Harga di atas jalan termasuk 10% cukai jalan, tanpa insurans dan sah untuk pendaftaran peribadi

 

Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition baharu akan membuat penampilan di bilik pameran Nissan di seluruh negara bermula Sabtu, 2 November 2019. Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman dengan avant-garde X-Trail ini.
 

 

X-Trail Aero Edition

 

Acara tambahan iaitu Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ akan diadakan pada hujung minggu dari 9 hingga 10 November 2019 yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. 

 


Orang ramai dijemput untuk merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti pengalaman menikmati Virtual Reality Tech Drive.

 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

9 - 10 November

Tengah

ETCM Kepong

ETCM Mahkota Cheras

ETCM Klang

Utara

ETCM Weld Quay

Selatan

ETCM Segamat

ETCM Semabok

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

ETCM Sandakan**

Sarawak

ETCM Miri

15 - 16 November

Utara

ETCM Alor Setar

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Lokasi tanpa Pandu Uji Nissan LEAF

 


 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…