ETCM panggil kembali 4,001 unit Nissan Serena S-Hybrid (C26) CBU - kemaskini perisian CVT

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan kerjasama Tan Chong Ekspress Auto Service Centre (TCEAS) baru-baru ini mengumumkan kempen panggil semula untuk model Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian import sepenuhnya (CBU).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen ini bertujuan untuk memprogramkan semula unit kawalan transmisi CVT melibatkan kira-kira 4,001 unit Nissan Serena S-Hybrid (C26) CBU.

Walaubagaimanapun, Nissan Serena S-Hybrid versi pemasangan tempatan (CKD) generasi C26 dan C27 (model tahun 2018) tidak terjejas dalam kempen ini.

Segala kos buruh dan alat ganti (jika ada) untuk kempen servis ini adalah percuma dan proses memprogramkan semula akan menggambil masa lebih kurang 45 minit.
 


ETCM akan menghubungi para pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C26) menerusi surat, SMS, atau Whatsapp dan mereka digalakkan untuk menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk tempahan temujanji.

Bagi memudahkan urusan, TCEAS yang terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya sepanjang 365 hari agar pelanggan dapat menghantar kenderaan mereka untuk diselenggara semasa hujung minggu dan cuti umum.

Manakala pemilik baharu model ini digalakkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian bebas tol 1800-88-3838 untuk menyemak status kenderaan mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan memanggil balik EV jenama Tesla itu berpunca penemuan masalah membabitkan fungsi bantuan…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…