ETCM naik taraf pusat jualan Nissan Rawang jadi outlet 3S

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Motor (ETCM) mengumumkan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang dinaiktaraf bertempat di Rawang, Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia pada mulanya berperanan sebagai outlet jualan sahaja, namun kini telah diperbesarkan menjadi sebuah pusat 3S yang mampu memenuhi keperluan pelanggan di Rawang dan kawasan sekitarnya.

Selain dinaiktaraf, pusat 3S ini turut membawakan identiti korporat Nissan baharu yang menampilkan logo Nissan baharu selari dengan konsep runcit global Nissan NRC-NEXT.
 

Nissan


Pusat 3S mini bukan sahaja menawarkan pameran kenderaan, ia turut menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelanggan seperti ruang rehat yang selesa, bilik perbincangan peribadi, serta pusat servis dengan kelengkapan serba lengkap.

Dengan adanya dua ruang servis, para pemilik boleh mendapatkan perkhidmatan selepas jualan di sini, selain jaminan bekalan alat ganti tulen daripada Nissan.

Selain itu, pelanggan juga turut dialu-alukan untuk memohon sesi pandu uji supaya mereka dapat merasai sendiri keseronokan pemanduan kenderaan Nissan.

Pusat 3S Rawang ini terletak di No7-G, 9-G & 7-1, Jalan Bandar Baru Rawang 16, Pusat Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang dengan waktu operasi Isnin-Jumaat jam 8.30 pagi-7.00 malam, diikuti hari Sabtu (8.30 pagi-6.00 petang) dan Ahad (10.00 pagi-5.00 petang).

Sementara perkhidmatan servis pula boleh didapati pada setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

ETCM turut mengumumkan pembukaan dua buah pusat pengedar baharu di lokasi berikut:

Nissan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mengapa sekarang terdapat golongan  yang ramai lebih berminat untuk membeli kereta terpakai…
Berita Domestik
Pembukaan semula pusat jualan dan pusat servis Perodua dibuat selepas memulakan kembali operasi…
Berita Domestik
Langkah ini merangkumi operasi pemasangan kenderaan di kilang Pegoh, Melaka, pusat jualan serta…