Ini bermakna, jaminan sedia ada tidak akan terbatal walaupun perkhidmatan servis berkala tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh PKP.
Para pengguna Nissan dinasihatkan supaya menetapkan semula temujanji servis berkala dalam masa 30 hari selepas tarikh tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menerusi aplikasi DriveOn, laman web TCEAS, Call Centre atau tempahan secara terus dengan TCEAS Service Centre (selepas tamat tempoh PKP).
Malah, selepas tempoh PKP, Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan turut melanjutkan jam operasi Isnin sehingga Jumaat bermula dari 8.30 pagi sehingga 8.00 malam, manakala Kelantan dan Terengganu pula bermula dari Ahad sehingga Khamis.
Untuk maklumat lanjut, para pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi 1800-88-3838 atau menerusi pautan 'Contact Us' di www.nissan.com.my