ETCM lancar dua kempen sempena Hari Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan kempen untuk bulan September dengan menawarkan promosi menarik seperti bayaran bulanan rendah, pakej aksesori eksklusif atau pakej penyelenggaraan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tawaran Hari Malaysia ini membolehkan anda membawa pulang sebuah Nissan Almera 1.0L Turbo VLT pada harga bulanan serendah RM680, manakala pembeli Nissan Serena S-Hybrid pula boleh mendapatkan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh).

Selain itu, ETCM turut menganjurkan kempen cabaran bagi para pemilik Nissan Almera 1.0L Turbo.

 


Kempen 'Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive' ini menggalakkan para pemilik Almera 1.0L Turbo untuk mencapai tahap pemanduan yang paling ekonomikal.

Setiap nilai km/liter yang dihantar akan ditukarkan menjadi nilai sumbangan kepada badan amal oleh ETCM, di mana 20 penyertaan dengan penjimatan bahan api terbaik bakal mendapat hadiah berupa Lego Nissan GT-R, dan 30 penyertaan seterusnya bakal membawa pulang beg galas istimewa.

Kempen ini bermula 1 hingga 30 September 2021, dan keputusan cabaran ini akan diumumkan menerusi facebook Nissan Malaysia.

 


Dalam masa yang sama, ETCM turut menyampaikan hadiah utama berupa sebuah apartment berservis The ERA @ Duta North Kuala Lumpur kepada pemenang, Balamurugan A/L Suppiah menerusi peraduan 'Nissan Buy Car Win Home yang dianjurkan dua tahun lalu.

Peraduan ini telah berjaya meraih 11,000 penyertaan, dan pemenang telah dipilih berdasarkan pendaftaran kenderaan, serta borang penyertaan yang lengkap dengan jawapan betul serta slogan yang kreatif.

Menurut Balamurugan, "saya sukakan Nissan X-Trail 2.0L disebabkan teknologi termaju, ciri keselamatan, tahap penjimatan bahan api serta barisan tempat duduk ketiga yang unik. Isteri saya merupakan insan yang mendorong saya untuk membeli SUV ini."

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…