ETCM dengan FWD Takaful tawar pelan perlindungan percuma setahun (RM100,000)

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kerjasama baharu dengan FWD Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad) untuk menawarkan pelan perlindungan takaful keluarga FWD Protect Direct percuma selama setahun untuk jumlah perlindungan bernilai RM100,000 untuk pembelian X-Trail dan Serena S-Hybrid baharu.

 

FWD Protect Direct merupakan pelan takaful dalam talian yang menawarkan perlindungan penuh buat seisi keluarga dalam satu pelan tunggal. Anda juga boleh memilih pelan individu, pasangan, keluarga (sehingga dua orang anak) dan ibu/bapa tunggal (sehingga dua orang anak) bagi memenuhi keperluan keluarga anda. 


Dengan hanya satu sijil, ia memudahkan pelanggan daripada perlu menguruskan beberapa sijil takaful untuk seluruh keluarga. 


Pelanggan yang membeli Nissan X-Trail atau Serena S-Hybrid baharu bermula 1 Februari – 30 April 2020 akan menerima sekeping kad promo FWD Takaful bersama satu kod unik dan perincian bagaimana untuk menebus perlindungan takaful percuma selama 1 tahun mereka menerusi laman web FWD Takaful. 


Penebusan mesti dibuat sebelum 30 Mei 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Protect Direct, sila layari laman web https://www.fwd.com.my/direct/protect-direct.


Pelanggan Nissan juga boleh menikmati pelan bayaran bulanan yang menarik untuk model-model Nissan bermula serendah RM749 bagi Nissan Almera, RM958 untuk Nissan Navara, RM1,275 untuk Nissan X-Trail dan RM1,295 bagi sebuah Nissan Serena S-Hybrid.


10 pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi Perkakas Rumah Premium CUCKOO bernilai sehingga RM60,000 apabila mereka membeli dan mendaftarkan mana-mana model Nissan sepanjang bulan Februari 2020.


Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan yang berlangsung pada dua hujung minggu 15 - 16 Februari dan 22 - 23 Februari di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. 

 
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan adalah seperti berikut: 

 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

15 – 16 Februari

Tengah 

ETCM Glenmarie

ETCM Mahkota Cheras

ETCM Puchong

Selatan

ETCM Semabok

ETCM Batu Pahat

Pantai Timur

ETCM Kuantan

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

ETCM Sandakan

Sarawak

ETCM Miri

22 – 23 Februari

Tengah 

ETCM Kepong

ETCM Bukit Tinggi

Utara

ETCM Bayan Lepas

ETCM Ipoh

Sarawak

ETCM Kuching