Program itu menawarkan diskaun 30% untuk alat ganti dan kos buruh, sedikit sebanyak dapat membantu ringankan beban yang dihadapi oleh pemilik Nissan yang terkesan dengan banjir.
Selain itu, mereka turut menawarkan proses restorasi untuk upholsteri pada harga istimewa iaitu RM1,655 untuk sedan dan RM1,988 untuk MPV,SUV, trak pikap dan van.

Sebagai tambahan, Nissan turut menawarkan pelan pembayaran ansuran Easy Payment Plan (EPP) sehingga 12 bulan dan waranti 6 bulan atau 10,000 km untuk setiap alat ganti yang ditukar.
Di samping menawarkan perkhidmatan servis tunda percuma untuk kereta yang terkesan teruk akibat banjir, tertakluk pada terma dan syarat.
Pemilik yang berminat boleh terus hubungi Nissan di talian 1800-88-3838 untuk sebarang maklumat lanjut atau membuat janji temu di pusat TCEAS atau pengedar Nissan berdekatan.