Eropah hanya dapat Honda HR-V e:HEV 2022 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan pelancaran rasmi Honda HR-V di pasaran Eropah dan Jepun, Honda baru-baru ini mengesahkan pasaran Eropah hanya akan mendapat varian tunggal e:HEV sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, Honda HR-V e:HEV memiliki trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang digandingkan dengan dua motor elektrik menghasilkan 129 hp dan 253 Nm, dengan kadar penggunaan bahan api serendah 5.4 liter untuk setiap 100 km.

 

HR-V

 

Sistem yang sama turut digunakan pada Jazz serba baharu, namun untuk HR-V yang lebih besar, Honda telah meningkatkan bilangan sel bateri daripada 48 kepada 60.

Trenkuasa hibrid ini menawarkan tiga mod pemanduan, iaitu Electric Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, di mana sistem akan memilih mod yang bersesuaian bergantung kepada kadar kecekapan.

Selain itu, terdapat juga mod pemanduan Sport, Econ dan Normal, dan pemandu boleh meningkatkan kadar pemulihan tenaga daripada sistem brek regeneratif ketika fasa brek atau coasting.

 

HR-V


Ruang kabin Honda HR-V ternyata menawarkan lebih banyak ruang terima kasih kepada penggunaan platform baharu, serta ciri-ciri moden seperti skrin infotainmen 9 inci, sambungan Apple Car Play nirwayar, sokongan Android Auto, serta skrin kluster tujuh inci.

Honda HR-V e:HEV 2022 akan mula dijual di Eropah menjelang akhir 2021.