eRacing GP - Sukan simulasi hasil kerjasama Royal Selangor dan Axle Sports

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini, Royal Selangor dan Axle Sports telah memperbaharui kerjasama mereka bagi mengadakan kejohanan perlumbaan maya nya iaitu eRacing GP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musim pertama bagi perlumbaan maya tersebut menampilkan ramai pelumba muda sukan simulasi dari seluruh dunia yang akan berlumba di 4 litar terkenal di Malaysia.

Pembukaan perlumbaan Global Edition 11: Malaysian Playground telah bermula pada 24 Februari bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menyaksikan lebih 90 pelumba simulator dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Brunei, Australia, United Kingdom dan Filipina di dalam 4 kategori.

 

2

 

Pusingan kedua yang telah berlangsung pada 10 Mac pula menyaksikan para pelumba untuk beraksi di salah satu litar ikonik yang telah dimusnahkan iaitu Litar Batu Tiga Shah Alam.

Litar sepanjang 3.5 km itu pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai perlumbaan seperti motorsikal berkuasa tinggi dan kereta touring, termasuk kereta lumba Kumpulan C pada era 80-an yang pastinya akan menggamit memori.

2 lagi Litar untuk 2 pusingan terakhir pula akan diumumkan kelak bagi mengekalkan elemen kejutan seperti edisi Global sebelum ini.

 

3

 

Menurut Axle Sports juga, pusingan seterusnya akan memperkenalkan semula sebuah litar yang pernah menjadi tumpuan 80 tahun lalu pada kejohanan pertama GP di Malaysia.

Global Edition 11: Malaysian Playground menyaksikan perlumbaan simulator berubah dari Perlumbaan RaceRoom Experience kepada platform perlumbaan Assetto Corsa Competizione.

Pusingan kedua dan ketiga akan berlangsung pada 10 dan 24 Mac dengan aksi final dijadualkan pada 7 April, dimana pelumba Kelas Emas dan Perak akan bersaing di dalam Jordan 191, manakala Kelas Gangsa dan Tembaga akan beraksi di dalam Taatus FA010.

 

4

 

Selain itu, Royal Selangor akan bekerjasama dengan Axle Sports untuk Endurance Edition yang akan memberikan saingan perlumbaan di dalam litar terkemuka dunia pada 1 April, dimana ia bakal menyaksikan cabaran 4 hingga 8 jam perlumbaan.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima sebuah trofi yang direka khas oleh Royal Selangor, dan ia merupakan tahun keempat kerjasama di antara Royal Selangor dan Axle Sports.