Episod Kedua Video Pendidikan EV Nissan sentuh aspek jarak operasi kereta elektrik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika bulan lalu, Nissan telah menerangkan aspek pengecasan serta faktor yang memotivasikan para pemilik EV, episod kedua siri video pendidikan EV Nissan kali ini berkisar kepada jarak operasi sesebuah kereta elektrik. 

Baca: Nissan Lancar Siri Pendidikan Digital EV di YouTube

Hal ini adalah sangat penting, memandangkan isu jarak operasi EV ini merupakan salah satu faktor penghalang utama pemilikan EV di Asia Tenggara. 

Terima kasih kepada kemajuan teknologi semasa, median jarak operasi kereta elektrik kini sudah meningkat sebanyak 56% daripada tempoh 2011 sehingga 2017.
 


Namun, kajian Nissan yang dilakukan pada tahun lalu mendedahkan sejumlah 80% daripada responden masih lagi gusar apabila EV mereka kehabisan tenaga. 

Menurut Vincent Wijnen, naib presiden kanan Nissan Asia dan Oceana berkata, "kebanyakan pemandu di Asia Tenggara memandu kurang daripada 80 kilometer sehari, jadi jarak pemanduan yang disebutkan tadi mampu dicapai beberapa kali untuk sekali pengecasan penuh bagi kebanyakan EV hari ini.

"Mengambil contoh produk kami, Nissan LEAF dengan kapasiti bateri 40 kWh, ia mampu memberikan jarak operasi purata 270 km mengikut data Worldwide Harmonized Light Vehicle Test Procedure (WLTP)," tambah beliau.

Episod kedua siri pendidikan EV ini boleh ditonton menerusi pautan Youtube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Desas desus Nissan bakal melancarkan versi yang lebih jauh jarak operasinya akhirnya termakbul…