EP Manufacturing Bhd dapat kelulusan pasang EV di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) untuk lesen pembuatan serta pemasangan kenderaan cekap tenaga (EEV) empat roda, kenderaan penumpang elektrik (EV) dan kenderaan komersial elektrik, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Syarikat  itu dalam satu kenyataan berkata anak syarikat milik penuhnya Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd (PJVM) telah menerima anugerah tersebut, tertakluk kepada syarat yang perlu dipenuhinya dalam tempoh enam bulan daripada surat kelulusan.

Lesen ini akan membolehkan PJVM membangunkan kilang pembuatan bagi memasang EEV, EV dan produk berkaitan lain.

“Pengembangan ini akan membuka peluang perniagaan baharu untuk pendapatan serta pertumbuhan perniagaan sambil menyelaraskan perniagaan dengan inisiatif kemampanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB Ahmad Razlan Mohamed berkata syarikat komited untuk memenuhi syarat Miti dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kumpulan itu merancang menubuhkan kilang pembuatan tercanggih di Pegoh, Melaka bagi mempercepatkan lagi penerokaan kami ke dalam pasaran ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, pesanan tersebut diterima susulan…