EON & SAHABAT AUTOFEST 2024 - PELUANG BAWA PULANG KERETA IMPIAN PADA HARI YANG SAMA

oleh Firdaus Razani|
Pada 1 hingga 3 Mac 2024 ini, EON Berhad menganjurkan acara tahunan terbesar mereka iaitu, EON & Sahabat AutoFest 2024 di Ibu Pejabat EON di Glenmarie, Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat pelbagai barisan model jenama popular seperti PROTON, Honda, Isuzu, Daihatsu, Audi dan Volkswagen akan dipamerkan serta tersedia untuk ujian pemanduan dan tempahan.

Ia turut tersedia untuk pelanggan yang berminat ialah Proton S70 yang dilancarkan baru-baru ini serta kenderaan elektrik smart #1, termasuk varian Brabus.

 

eon

 

Penggemar motosikal juga turut berpeluang melihat dan memiliki motosikal idaman mereka dengan kehadiran MODENAS dan KAWASAKI yang akan menampilkan tawaran terbaharu mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial berkata “Kami sedang merevolusikan pengalaman pembelian kereta dengan platform digital baharu yang akan memberi pelanggan kami merasai pembelian sebenar yang lancar, pantas dan tanpa kerumitan.

“Aplikasi digital ini memudahkan permohonan pembiayaan secara serta merta di mana anda berpotensi memandu pulang kereta baharu pada penghujung hari yang sama.”katanya.

 

eon

 

Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM100,000 serta Hadiah Utama Proton S70 apabila membuat tempahan dan memohon pembiayaan kereta baharu melalui platform digital baharu EON di EON & Sahabat AutoFest 2024.

Tambahan itu, bagi memudahkan lagi pemilikan kereta baharu, kemudahan tukar beli juga akan disediakan bersama dengan tawaran istimewa untuk permohonan insurans.

Selain itu, perkhidmatan pakej car detailling juga akan ditawarkan untuk mereka yang ingin menjadikan kenderaan mereka tampak lebih kemas dan terjaga rapi.

Acara itu turut mempamerkan produk dan perkhidmatan daripada AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan Petromin Express, sebuah pusat servis kereta pantas.

 

eon

 

Di samping itu, wakil dari DRB-HICOM University of Automotive Malaysia juga akan berada di sini untuk membimbing bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran berkaitan dengan industri automotif dan lain-lain.

Sebagai tarikan tambahan, Bazar Raya juga akan diadakan sempena EON & Sahabat AutoFest 2024 bagi menyambut bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya yang akan menjelang.

Pelbagai vendor berkaitan fesyen, hiasan, makanan dan lain-lain turut ditawarkan bersama-sama dengan pelbagai aktiviti seperti trak makanan, penampilan selebriti dan zon khas untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga akan disediakan dengan ruang pakir yang mencukupi termasuk di perkarangan pakir Wisma DRB-HICOM yang berdekatan dengan kenderaan ulang-alik percuma disediakan bagi kemudahan pengunjug untuk ke tapak Autofest serta dari stesen LRT Glenmarie.

Untuk butiran lanjut, boleh layari ke pautan ini; https://eon.com.my/autofest/