Enyaq - nama SUV elektrik baharu Skoda

oleh Mohamad Hanif|
Kamiq suka pi Karoq kat Kodiaq (Kokdiang).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acah je. Itu sebenarnya merupakan nama-nama SUV keluaran Skoda yang pernah kami tampilkan sebelum ini. 

Namun, untuk penawaran model terbaharu yang menggunakan trenkuasa elektrik sepenuh masa, Skoda dilihat mahu lari dari format penamaan model yang pernah mereka buat sebelum ini. 

 


Memandangkan ia sudah tidak lagi menggunakan enjin pembakaran dalaman, huruf E lebih sesuai untuk digunakan dan nama yang bakal ditampal pada model baharu ini dikenali sebagai Enyaq.

Nama Enyaq diperoleh daripada nama Irish ENYA yang membawa maksud 'sumber kehidupan' dan model ini bakal dibangunkan menggunakan platform MEB dari kumpulan Volkswagen - pelantar sama yang digunakan untuk membina hatchback Volkswagen ID.3. 

Tiada sebarang perincian didedahkan buat masa ini, namun difahamkan model baharu ini merupakan versi produksi kepada model konsep Vision iV yang dipamerkan kira-kira setahun yang lalu. 
 


Spesifikasi model konsep ini tidak kurang hebatnya dengan garisan bumbung coupe, pintu suicide, dan konfigurasi motor elektrik berkembar - satu untuk setiap gandar yang menawarkan pacuan semua roda.

Kuasa yang dihamburkan mencecah angka 302 kuasa kuda dan memiliki keupayaan untuk bergerak sejauh 500 kilometer dan pengecasan pantas sehingga kapasiti 80 peratus dalam masa setengah jam. 

Skoda Enyaq merupakan salah satu model terpenting daripada 10 buah model baharu yang bakal diperkenalkan menjelang lewat 2022, termasuklah model hibrid Octavia iV, Superb iV dan Kodiaq iV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…