Enjin V8 terakhir Hyundai 'Tau' akan dihentikan produksi tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu Hyundai juga turut menghasilkan enjin bersesaran besar bentangan V8 yang dikhususkan untuk jenama mewah Genesis.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Namun, tempoh hayat enjin 5.0 liter V8 aspirasi natural 'Tau' tidak lama apabila diberitakan akan dihentikan produksinya menjelang akhir tahun ini bagi memberikan laluan kepada enjin yang lebih kecil serta enjin turbo.

Laporan daripada Korea AutoDaum menyebut, generasi baharu Genesis G90 tidak lagi akan ditawarkan dengan enjin V8, sebaliknya bakal dikuasakan oleh enjin bentangan V6 3.5 liter turbo berkembar.

Ia juga turut menandakan berakhirnya era enjin V8 yang digunakan oleh Hyundai, Kia dan juga Genesis, memandangkan Kia K9 juga bakal menjadi model terakhir yang menggunakan enjin yang sama.

 


Enjin Tau Hyundai diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2008 menerusi model Kia Mohave yang menghasilkan 366 PS dan 439 Nm, sementara versi GDi pula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan peningkatan sesaran kepada 5.0 liter menghasilkan 435 PS dan 510 Nm.

Ia sekaligus menjadikannya enjin pembakaran dalaman paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Hyundai.

Laporan daripada AutoDaum turut menambah generasi baharu Genesis G90 bakal menggunakan platform baharu pacuan roda belakang yang mampu menyokong opsyen trenkuasa elektrik sepenuh masa, serta sistem bantuan pemanduan autonomi Tahap Ketiga (Level 3 Autonomy) yang sama digunakan oleh Mercedes-Benz S-Class.

Hyundai bukanlah yang pertama menghentikan kebergantungan kepada enjin V8, memandangkan pengeluar utama yang lain seperti Toyota dan Mercedes-Benz kini lebih menggemari enjin bentangan V6 atau enjin empat silinder serbaris pada model-model terbaharu mereka (Land Cruiser dan juga C-Class).

Sumber: AutoDaum

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek super dron AZ1000 yang dihasilkan oleh Arase Aizawa Aerospatiale LLC itu diperlihatkan…
Berita Global
Menerusi kerjasama dengan Mercury Japan, Nissan bakal menghasilkan kembali enjin empat silinder…
Berita Domestik
Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan…