Enjin V8 masih lagi punya masa depan cerah - bos AMG

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun sebelum ini terdapat laporan yang menyebut Mercedes-AMG menghentikan penawaran enjin V8 atas faktor kualiti, namun ia bukanlah penamat sebenar buat nadi berkuasa tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana menurut bos AMG, Philipp Scheimer dalam satu temubual bersama Road & Track, beliau menjangkakan enjin V8 akan terus kekal di pasaran untuk tempoh sehingga sedekad lagi.

"Ya, enjin ini masih lagi ada masa hadapan, dan saya fikir untuk tempoh 10 tahun lagi kita masih lagi akan dapat melihat enjin V8 di pasaran. Kami mempunyai ramai pelanggan yang suka kereta mereka, dan saya masih berpendapat golongan yang sama akan membeli kereta bernadi V8 untuk tempoh masa yang lama.

Ia turut dibantu dengan program perlumbaan yang dijalankan seperti GT3 dan GT4 di seluruh dunia menjadikan permintaan terhadap enjin tersebut masih lagi memberangsangkan.
 

GT


Walaupun Mercedes menghentikan pembangunan terhadap enjin pembakaran dalaman, namun ia tidak membawa makna enjin V8 sudah pun mencapai had-nya.

Ketua Pegawai Teknikal AMG, Jochen Hermann memberitahu, Mercedes-AMG GT 63 S e-Performance merupakan jawapan kepada hala tuju sebenar enjin bentangan V8 itu pada masa akan datang.

Beliau menambah, dengan menggandingkan enjin V8 dengan sistem hibrid berprestasi, ia mampu membuka lebih banyak kelebihan terhadap prestasi serta peluang untuk meneroka lebih banyak perkara berkenaan talaan dan penyatuan sistem berbanding dengan amalan terdahulu.

"Kami akui, susun atur trenkuasa baharu ini sangat rumit, dan kami berhadapan dengan masa yang sukar untuk mencapai apa yang diinginkan. Namun setelah melalui semua pengalaman ini, kami tahu banyak perkara yang boleh dilakukan dengan susun atur trenkuasa seperti ini," ujarnya lagi.
 

GT

 

Baca: Mercedes-AMG GT 63 S e-Performance 2023

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, enjin V8 Honda pernah mengaum untuk acara sukan seperti Formula 1 dan siri…
Berita Global
Jadi apabila penyampung legasinya, W206 muncul pada tahun 2022 dengan nadi 2.0 liter 4 silinder…
Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…