Enjin V12 akan terus ditawarkan, namun untuk kegunaan litar sahaja - Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
Seperti pengeluar automotif yang lain, Lamborghini pada ketika ini sedang dalam perancangan untuk melaksanakan program elektrifikasi keseluruhan barisan modelnya, dimana tiga model bakal mendapat trenkuasa hibrid pada 2024 diikuti sebuah model EV sepenuh masa menjelang pertengahan dekad ini.

Selepas pelancaran model Aventador Ultimae yang dikatakan model V12 terakhir itu, Lamborghini diberitakan akan melancarkan sebuah lagi model dengan enjin V12 serba baharu tanpa sebarang bantuan elektrifikasi.

Namun, berita kurang baiknya, anda hanya akan dibolehkan menggunakan kuasa liar V12 yang ada menerusi aktiviti dalam litar sahaja, menurut laporan daripada Autocar.

 

V12

 

Disebabkan supercar yang khusus untuk kegunaan litar sahaja tidak perlu mematuhi regulasi emisi yang ketat, Lamborghini memberikan bayangan akan melancarkan sebuah model V12 dalam jumlah yang sangat terhad, sama seperti Essenza SCV12.

Menariknya, Aston Martin turut diberitakan akan mengambil langkah yang serupa, di mana model jalanan dengan enjin pembakaran dalaman akan dihentikan penjualannya pada 2030, namun model edisi litar masih lagi akan ditawarkan dengan trenkuasa konvensional.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, salah satu daripada enjin 5.0 liter itu didapati sudah pun mendarat di Afrika Selatan dimana…
Berita Global
Tiga gambar yang terbocor awal yang diperoleh daripada laman Instagram @varryx_ itu mendedahkan…
Berita Global
Ini merupakan kapal layar mewah yang paling menawan datangnya dari Lamborghini, atau lebih tepat…