Enjin rotary digandingkan dengan teknologi Skyactiv-X? Biar betul Mazda?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu mungkin lebih mengenali identiti Mazda dengan istilah SKYACTIV, namun bagi generasi yang hidup lebih lama, Mazda lebih ikonik dengan penggunaan enjin rotary yang menjadi nadi kepada kereta sports keluaran mereka iaitu RX-7 dan RX-8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, kita hanya mendengar desas desus menyatakan Mazda bakal menghidupkan kembali enjin rotary yang berfungsi sebagai unit penambah jarak (range extender) sahaja. 

Namun, berita baharu yang kami terima ini memungkinkan Mazda bakal mengaplikasikan teknologi Skyactiv-X ke dalam enjin rotary!
 


Skyactiv-X mengaplikasikan proses yang digelar sebagai Spark Controlled Compression Ignition (SCCI) yang menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang lebih efisien dan hampir menyamai prestasi enjin diesel. 

Kedengaran dua perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan memandangkan enjin rotary yang kita semua maklum sememangnya pelahap bahan api dan bukan pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan penjimatan bahan api di dalam kereta sports mereka (nak kereta sports, tapi nak jimat bahan api? beli Myvi). 

Menurut Naib Presiden R&D Mazda, Masashi Otsuka, dua perkara yang mendorong mereka untuk membangunkan semula enjin rotary

1. Keseronokan menikmati kuasa daripada enjin berputaran tinggi yang dialami oleh para peminat Mazda
2. Enjin Rotary merupakan identiti unik Mazda, seharusnya mereka mengembalikan identiti tersebut

 


Sama-sama kita nantikan bagaimana nasib enjin Rotary yang bakal dihidupkan semula di zaman yang sarat dengan teknologi hibrid dan elektrik ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Laporan terbaharu dari Jepun mendakwa Mazda sedang membangunkan enjin rotari yang boleh disuap…
Berita Global
Manakan tidak, ia sebuah crossover dengan rekaan pintu dari Mazda RX-8, trenkuasa elektrik pula…