Enjin rotary bakal mengaum kembali di 24H of Le Mans!

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir para peminat perlumbaan 24H of Le Mans dihidangkan dengan ngauman nyaring dan high pitch enjin rotary adalah pada tahun 1991 dengan kemenangan di pihak Mazda menerusi jentera Mazda 787B.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemudian, ia diharamkan kerana perubahan regulasi yang dibuat pada tahun berikutnya. 

Setelah hampir 30 tahun, akhirnya perubahan regulasi teknikal terbaharu yang dibuat untuk kategori Le Mans Hypercar bakal menyaksikan penyertaan kembali enjin rotary ke dalam perlumbaan tersebut setelah diluluskan oleh FIA World Motor Sport Council. 
 


Kelas Le Mans Hypercar ini bakal menggantikan peranan LMP1 sebagai kelas teratas di dalam WEC dan 24 Hours of Le Mans bermula musim perlumbaan 2020. 

Dengan berita terbaharu ini, satu andaian yang boleh dibuat adalah kembalinya Mazda ke kancah perlumbaan dengan menggunakan nadi rotary!

Menurut sumber yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Cars, pengeluar yang sinonim dengan enjin rotary tersebut kini melihat Le Mans sebagai salah satu arah tuju baharu dalam merealisasikan enjin rotary generasi baharu. 

Selain daripada itu, Mazda kini sedang giat membangunkan model kereta sports RX-Vision sebagai pengganti RX-7, manakala model MX-30 juga dikhabarkan bakal menerima versi range extender menggunakan enjin rotary. 
 


Apatah lagi tidak lama lagi Mazda bakal menyambut ulang tahun yang ke-100, jadi ia merupakan satu tahun yang tepat untuk Mazda memperlihatkan inovasi terkini di dalam enjin Rotary yang menjadi identiti tersendiri Mazda (selain daripada Skyactiv).