Berita menarik, Mazda bakal mengembalikan semula peranan enjin Wankel itu dalam masa terdekat.
Sayang sekali, ia bukanlah berkenaan kelahiran semula kereta sports RX, akan tetapi nadi rotari ini bakal menjadi sebahagian daripada model MX-30 R-EV.
Difahamkan, Mazda MX-30 R-EV ini akan membuat debut di Brussels Motor Show pada 13 Januari 2023.

Disebabkan pek bateri MX-30 asal yang sangat kecil (35.5 kWh), Mazda membuat keputusan untuk menggunakan enjin rotari sebagai unit penambah jarak bagi mengecas bateri tersebut.
Ini bermakna, Mazda MX-30 R-EV ini bakal menawarkan jarak operasi yang lebih jauh berbanding model sedia ada (199 km).
Mengikut spesifikasi, Mazda MX-30 mempunyai motor elektrik tunggal menghasilkan kuasa 144 hp dan 271 Nm.
Setakat ini, tidak diketahui perincian lanjut berkenaan enjin rotari ini seperti sesaran, serta angka output yang bakal dihamburkan bagi mengimbangi penambahan berat akibat pemasangan unit penambah jarak itu tadi.
Sumber: Motor1