Enjin Pesawat United Airlines terbakar sejurus berlepas (video disertakan)

oleh SALINA JALIL|
Serpihan enjin pesawat United Airlines yang terbakar, 'menghujani' bandar Denver dan memaksa ia berpatah balik melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.


Antara gambar yang tersebar di media sosial adalah serpihan enjin pesawat yang gugur di halaman kediaman penduduk di Broomfield, Colorado dekat kawasan pinggir bandar Denver.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, pesawat terbabit dalam penerbangan ke Honolulu, Hawaii.

"Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dan mendarat semula dengan selamat selepas menghadapi kerosakan enjin kanan sejurus berlepas," kata agensi itu di Twitter, semalam.

 

FAA berkata, pihaknya menerima laporan mengenai serpihan pesawat yang jatuh di sekitar laluan penerbangan itu.

 

United Airlines menerusi Twitter berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan di dalam pesawat.

 

Sementara, seorang penduduk, Kirby Klements, berkata serpihan bulat besar daripada pesawat itu jatuh di atas pikap miliknya dan menyifatkannya sebagai 'kejadian luar biasa'.

 

"Ia jatuh di atas pikap saya manakala serpihan besar yang terpisah mengakibatkan lubang selebar hampir dua meter di bumbung jiran," katanya.

 

Sementara itu, seorang penumpang sempat merakam video kebakaran di bahagian enjin tersebut (video dibawah):

 

 

 

airlinesrating

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak lapangan terbang mengesahkan semua penumpang dan anak kapal telah…
Berita Domestik
"Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan 'Professional…
Berita Global
"Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas dipindahkan ke hospital," ujar NTSC. Menurutnya,…