Enjin inline-6 Mazda diperlihatkan buat kali pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Berita tentang kehadiran enjin baharu dengan konfigurasi enam silinder sebaris di bawah keluarga Skyactiv telah pun lama bertiup semenjak tahun lalu, namun kini kita dapat melihat imej pertama nadi baharu tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu gambar teaser yang diterbitkan oleh Mazda, ia menampilkan tiga unit enjin, dua daripadanya merupakan enjin enam silinder sebaris manakala unit di tengah merupakan enjin empat silinder yang dilengkapi dengan teknologi hibrid.

Enjin baharu enam silinder sebaris ini dijangka bakal ditawarkan dalam versi petrol, diesel dan juga versi Skyactiv-X, diposisikan secara menegak dan digandingkan dengan pacuan semua roda.

Menariknya, Mazda juga dikatakan akan menawarkan enjin ini dalam versi plug-in hybrid dan mild-hybrid 48 voltan.

Setakat ini, Mazda tidak mendedahkan model mana yang bakal menerima nadi baharu ini, namun yang pasti ia akan dipasang pada generasi baharu Mazda6 yang akan dilancarkan pada tahun 2022.

Selain daripada model Mazda6, besar kemungkinan enjin baharu enam silinder sebaris ini akan turut dimuatkan pada model-model SUV besar sedia ada, serta kereta sports baharu Mazda pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi video terbaharu ini, Toyota memfokuskan kepada bagaimana Toyota Supra bakal menghasilkan…