Enjin generasi akan datang lebih bersih dari kereta elektrik - Mazda

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda terus menaruh harapan kepada enjin pembakaran dalaman (enjin petrol dan diesel) untuk masa hadapan jenama tersebut.

Antara teknologi terbaharu yang akan diperkenalkan oleh Mazda ialah ialah teknologi "spark-controlled compression ignition" yang ada pada enjin Skyactiv-X nanti.

Menurut Automotive News, Mazda juga telah memulakan kajian untuk enjin petrol baharu mereka, Skyactiv-3 di mana ia akan menjadi lebih bersih kenderaan elektrik.

Ketua Powertrain Mazda, Mitsuo Hitomi (gambar di atas) berkata objektif utama enjin SkyActiv-3 ialah untuk meningkatkan kecekapan thermal enjin kepada lebih kurang 56 peratus.

 

 

Jika ini berjaya, enjin SkyActiv-3 bakal menjadi enjin pembakaran dalaman yang pertama yang mampu menukarkan lebih dari kuasa tenaga bahan api kepada 
tenaga yang boleh dipakai, bukannya kepada pembaziran tenaga seperti geseran dan haba.

Untuk masa sekarang, enjin paling cekap ialah enjin yang digunakan oleh pasukan Formula 1 Mercedes-AMG dengan kecekapan 50 peratus.

Mazda turut berkata sasaran 56 peratus itu ialah peningkatan sebanyak 27 peratus dari kecekapan enjin Mazda sekarang.

 

 

Menurut Automotive News, pengakuan Mazda akan teknologi Skyactiv-3 lebih bersih dari kenderaan elektrik ialah berdasarkan konsep pencemaran "well-to-wheel" di mana kebanyakan sumber tenaga elektrik dihasilkan oleh logi tenaga elektrik menggunakan bahan api diesel.

Sekiranya negara itu mendapat bekalan elektrik dari sistem solar, angin atau empangan hyrdo, maka enjin Mazda itu tetap lebih "kotor" dari kenderaan elektrik.

 

 

Apapun usaha Mazda untuk mencapai kecekapan enjin melebihi kadar 50 peratus ialah satu usaha yang patut dipuji dan ia menguatkan lagi sebab kenapa enjin pembakaran dalaman masih relevan.

Sayang sekali Bermaz masih tidak begitu mengiktiraf Careta sebagai media yang Bahasa Malaysia yang relevan kerana kami mahu berjumpa dengan Mazda Japan untuk menghurai apa sebenarnya konsep SkyActiv kepada pembaca semua dan bagaimana ia mampu membantu penjimatan bahan api serta mengurangkan pencemaran. 
 

Mungkin kami terlebih laser dan tidak "pandai" dalam bidang teknikal. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…