Enjin baharu dari Mazda, 3,283cc diesel 6 silinder e-Skyactiv D!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda 3.3L e-Skyactiv D diesel
Mazda 3.3L e-Skyactiv D diesel
Di negara kita kenderaan dengan sesaran enjin besar kurang digemari dan di antara faktor penyumbang ialah kadar cukai jalan dan penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi.

Di luar negara lain pula ceritanya, masih terdapat pengguna yang mahukan enjin besar dan di sebalik agenda elektrifikasi ada pengeluar yang berani membangunkan enjin sesaran besar.

Terbaru Mazda memperkenalkan enjin diesel baharu e-Skyactiv D 3.3 liter untuk CX-60 dan pilihan tambahan kepada rangkaian kuasa PHEV.

Ini lah Mazda, sentiasa melawan arus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda CX-60 2022

 

Pengenalan ini adalah sebahagian daripada pendekatan Multi-Solution Approach dan mempunyai rasional yang kukuh.

Enjin diesel baharu ini direka bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan kereta pemanduan jarak jauh yang efisien dan mempunyai keupayaan tunda yang bagus.

Dari situ jelas apa yang dilakukan Mazda.

Strategi pelbagai penyelesaian Mazda ialah menawarkan produk dan teknologi berbeza termasuk enjin pembakaran dalaman yang lebih cekap dan pelbagai rangkaian kuasa elektrifikasi.

Jenis teknologi yang ditawarkan disesuaikan dengan pasaran setempat dan bagi memenuhi permintaan terhadap kemampanan.

 

Mazda CX-60 2022

 

Berikut adalah ciri-ciri enjin 3.3 liter diesel e-Skyactiv D:

  • Pertama kali digunakan pada SUV baharu CX-60
  • Sesaran 3,283cc, enam silinder sebaris dan dipasang secara menegak (longitude)
  • Menggunakan teknologi Distribution-Controlled Partially Premixed Compression Ignition
  • DCPCI menjadikannya satu daripada enjin diesel terbersih di dunia dengan kecekapan haba melebihi 40 peratus
  • Menggunakan sistem pancitan terus common rail
  • Dibangunkan mengikut konsep right sizing yang mengoptimumkan sesaran bagi mempertingkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar dan kuasa

 

Mazda 3.3L e-Skyactiv D diesel

 

  • Berat enjin sama seperti enjin diesel empat silinder Skyactiv D Mazda CX-5
  • Dua pilihan kuasa, 200ps untuk pacuan belakang dan 254ps bagi pacuan semua roda Mazda i-Activ AWD
  • Dipadan bersama sistem 48v Mazda M Hybrid Boost
  • Model 254ps mempunyai prestasi pecutan 0-97km/j dalam masa 7.4 saat dan kadar purata penggunaan minyak (WLTP) 22.6 km/l
  • Model 200ps mempunyai kadar purata penggunaan minyak (WLTP) 24.4 km/l
  • Keupayaan tunda CX-60 sehingga 2,500 kg

 

Mazda CX-60 2022

 

Seperkara lagi, Mazda akan memperkenalkan enjin 3.0 liter petrol e-Skyactiv enam silinder sebaris untuk CX-60 dan alternatif ketiga selepas e-Skyactiv D dan e-Skyactiv PHEV.

Agenda SUV masih berterusan, pada tahun 2023 Mazda CX-80 akan diperkenalkan dengan saiz lebih besar daripada CX-60 dan mempunyai tiga baris tempat duduk.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…