Berikut ialah kelebihan yang terdapat pada enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion:
- Tahap penggunaan minyak sama seperti enjin diesel tetapi lebih murah untuk dibeli
- Menggunakan teknologi nyah aktif dua dari empat silinder atau menghentikan terus operasi
- Menawarkan kadar tork tinggi tetapi rendah emisi
- Berkuasa 96 kW atau 130 PS
- Penggunaan minyak pada kadar 4.8 l/100 km
- Mengikut piawaian NEDC extra-urban penggunaan minyak lebih rendah iaitu 4.0 l/100 km/j (DSG: 4.1 l/100 km).
- Enjin ini sepuluh peratus lebih cekap berbanding enjin yang setara dengannya
Di antara 'rahsia' enjin ini ialah melalui beberapa teknologi dan kelengkapan seperti pengecas turbo teknologi tinggi variable turbine geometry (VTG), sistem pengurusan silinder aktif (ACT) dan bagaimana pembakaran dalaman diuruskan atau TSI Miller combustion process.
Melalui kejayaan dan pembuktian yang telah dicapai ini, Volkswagen mahu memperkenalkan enjin 1.5 TSI ACT BlueMotion kepada model-model global lain pula.
Memandangkan VW adalah jenama besar di dunia pencapaian ini memberi indikator bahawa masih ada sinar untuk enjin ICE walaupun menerima tekanan hebat dari pembuat polisi.
Penulis: Muhammad Md Tajudin