England bakal wajibkan pemasangan slot pengecasan EV di rumah kediaman baharu

oleh Mohamad Hanif|
England bakal menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan pemasangan slot pengecasan kereta elektrik (EV) dan plug-in hybrid (PHEV) bagi kawasan kediaman baharu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyatnya bersedia untuk peralihan kepada kenderaan elektrik yang kini di dalam fasa pelaksanaan. 

Dengan pelaksanaan dasar terbaharu ini, para pembeli rumah baharu tidak perlu untuk memohon skim subsidi pengecas Wallbox, di mana pada ketika ini sudah pun berjaya memanfaatkan kira-kira 100,000 orang pemohon. 
 


Kempen strategi Road to Zero yang diperkenalkan sebelum ini mensasarkan pengharaman penjualan kenderaan yang tidak dilengkapi dengan sistem elektrifikasi atas jalan raya bermula tahun 2040.

Selain daripada itu, kenderaan baharu juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 80 km jarak operasi menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya bagi membolehkan ia kekal di pusat pameran jualan. 

Ini bermakna, selain daripada EV, PHEV dan kereta hidrogen, mana-mana kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman semata-mata bakal dihalang penjualannya kelak. 

Dalam satu pengumuman yang berbeza, Kementerian Pengangkutan England menggesa syarikat penyedia fasiliti pengecasan supaya menerima pelbagai mod pembayaran termasuklah pembayaran tanpa sentuhan (contactless payment).

Sumber: AutoExpress

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti model yang lain, Spectre juga akan mula diproduksi pada September ini dengan…