Enggan hentikan kenderaan, warga asing cuba rempuh polis!

oleh SALINA JALIL|
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta dinaiki empat suspek pecah rumah dalam satu kejadian di kawasan The Strand, Kota Damansara, semalam.


Difahamkan, tembakan itu dilepaskan ke arah tayar hadapan kereta jenis Honda City selepas pemandunya cuba melarikan diri dan enggan memberi kerjasama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum insiden berkenaan, anggota Cegah Jenayah Bermotosikal (RCJ) telah menahan kenderaan itu yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan.
 

 

"Kereta itu dinaiki empat suspek yang merupakan warga asing dan pemandunya cuba merempuh anggota polis yang mahu melakukan pemeriksaan sebelum beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tayar hadapan kereta terbabit.


 
"Suspek turut merempuh beberapa kenderaan lain ketika memecut kenderaan untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, anggota polis turut bertindak mengejar suspek sehingga ke kawasan Flat Gugusan Dedap berjaya menahan dua daripada suspek.


 
"Susulan itu, suspek yang ditahan membawa polis ke sebuah rumah di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis barangan antaranya seperti beg tangan dan jam tangan berjenama, tiga keping kad sim serta wang tunai bernilai RM167," katanya.

 

Tambah beliau, dua suspek berusia 32 dan 39 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 180 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…