Energy Absolute perkenal Mine Mobility - EV lima tempat duduk, jarak operasi 200 km, harga dari RM161k

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jika di Indonesia, beberapa syarikat besar dunia mula berminat untuk melabur bagi menyemarakkan industri EV seperti Hyundai dan Toyota, lain pula halnya di negara jiran Thailand. 

Sebuah syarikat tempatan kedua terbesar berasaskan tenaga, Energy Absolute dikatakan sedang mengambil peluang untuk merebut pasaran EV yang masih muda menerusi pengenalan hatchback berkuasa elektrik, Mine Mobility EV. 
 


Menariknya, hatchback EV yang direka secara in-house itu sudah pun menerima kira-kira 4,500 unit tempahan!

Mine Mobility merupakan sebuah kereta lima tempat duduk dengan jarak operasi yang mampu mencapai 200 km untuk sekali cas penuh. 

Model ini telah diperlihatkan secara rasmi pada Bangkok Motor Show dan sebahagian daripada tempahan tersebut hadir daripada persatuan teksi dari lima kawasan di Bangkok. 
 


Selain daripada itu, Energy Absolute mahu membangunkan lebih daripada 700 buah stesen pengecasan di seluruh Thailand menjelang 2020, dan membina kilang bateri lithium-ion 50 GWh bernilai $3 billion. 

Ketika syarikat automotif yang lain seperi BYD, BMW, Nissan dan Mercedes-Benz masih lagi merancang kemasukan dan produksi model EV mereka, Energy Absolute dilihat mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan tepat pada masanya. 

Hatchback Mine Mobility SPA1 EV dijual pada harga 1.2 juta baht (RM161 ribu) bermula tahun hadapan, jauh lebih murah berbanding Nissan Leaf atau Kia Soul EV di pasaran Thailand. 
 


Selain hatchback, Energy Absolute merancang untuk menghasilkan sebuah model kompak yang lebih murah serta kereta sports yang sedikit mahal untuk pasaran tersebut, menurut Bloomberg. 

Sementara itu di Malaysia...

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri MITI menerusi hantaran di laman LinkedIn, pelaburan bernilai RM50 bilion itu…
Berita Global
Baca: Mine Mobility EV Pada ketika itu, syarikat tenaga Thailand, Energy Absolute dikatakan mahu…