Energy Absolute akan bangunkan kilang pengeluaran pengangkutan awam elektrik bernilai RM5 bilion - MITI

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Energy Absolute Thailand
Sebuah kilang pengeluaran kenderaan elektrik untuk pengangkutan awam bakal dibangunkan di Malaysia menerusi kerjasama antara syarikat Energy Absolute Thailand dan Computer Forms Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Menteri MITI menerusi hantaran di laman LinkedIn, pelaburan bernilai RM50 bilion itu bertujuan untuk memfokuskan kepada pengeluaran kenderaan elektrik seperti bas, feri, keretapi dan trak.

Pihak CFM dan Energy Absolute juga bersetuju untuk memindahkan inovasi, pengalaman tenaga yang boleh diperbaharui dan kredit karbon kepada kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mencapai matlamat sifar karbon menjelang 2050.

"Gabungan tenaga boleh diperbaharui dan menghijaukan sistem pengangkutan awam akan menggalakkan pertumbuhan ekonomik inklusif yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua Malaysia dan Thailand," ujarnya.

Energy Absolute merupakan antara syarikat yang sedang meneroka pasaran Malaysia untuk membangunkan industri teknologi hijau di sini.

Minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah menerima lawatan delegasi Thailand yang diketuai oleh Somphone Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd.

Beliau dalam hantaran di Facebook menjelaskan, syarikat EA dengan modal pasaran berjumlah 380 bilion Baht akan bekerjasama dengan Computer Forms Malaysia untuk membangunkan teknologi hijau di Malaysia, pemindahan teknologi EV, serta membina kilang pembuatan dan bekalan EV khususnya dalam sektor pengangkutan.

 


Baca: Energy Absolute perkenal Mine Mobility

Berita Berkenaan

Berita Global
Baca: Mine Mobility EV Pada ketika itu, syarikat tenaga Thailand, Energy Absolute dikatakan mahu…
Berita Global
Jika di Indonesia, beberapa syarikat besar dunia mula berminat untuk melabur bagi menyemarakkan…