Energizer Power Max P18K Pop - peranti pintar 18,000 mAh yang boleh jump-start kereta anda!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Telefon bimbit atau peranti pintar masa kini mempunyai dimensi yang semakin besar dengan kadar ketebalan yang nipis supaya senang untuk dimuatkan di dalam poket. 

Namun, kadar ketahanan bateri adakalanya membuatkan kita terpaksa membawa sebuah lagi peranti pengecas mudah alih (powerbank) sebagai persediaan. 

Usah risau, dengan peranti pintar terbaharu dari Energizer ini, anda kini boleh mendapatkan dua fungsi tersebut di dalam satu peranti sahaja. 
 


Memperkenalkan, Energizer Power Max P18K Pop (bukan kpop). 

Peranti yang sangat tebal ini (ketebalan 18 mm) sebenarnya mempunyai bateri dengan kapasiti yang cukup tinggi untuk sebuah telefon pintar, iaitu 18,000 mAh!

Ia dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P70 dengan memori sebesar 6 GB RAM, storan 128 GB, kamera utama 12 MP + 5 MP + 2 MP dan kamera hadapan 16 MP + 2 MP. 
 


Fokus Energizer sudah tentu kepada ketahanan penggunaan bateri yang lama, dan peranti ini mampu memainkan rakaman video dalam masa dua hari berturut-turut tanpa sebarang masalah, atau membuat panggilan telefon selama 90 jam, atau mendengar muzik selama 100 jam.  

Selain berkeupayaan untuk mengecas peranti pintar yang lain, Energizer Power Max P18K Pop ini juga dikatakan mampu untuk membuat jump-start bateri kereta ketika kecemasan di luar kawasan. 
 


Memandangkan tiada sebarang info lanjut berkenaan hal ini, anda mungkin memerlukan peralatan tambahan seperti kabel penyambung sebelum jump-start kereta anda. 

Harga jualan pula ditetapkan pada US$799 atau RM3,200 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

Setakat ini tiada sebarang petanda peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. 


Sumber gambar: WCCFTech

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Gaya Hidup
Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri…
Berita Global
Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali…