Encik Elon, sila ke tepi - BYD kini pengeluar EV nombor satu dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
BYD kini menjadi pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang terbesar dunia.

Syarikat dari China yang mendapat sokongan kewangan dari Berkshire Hathaway milik Warren Buffet telah menjual lebih banyak EV dari Tesla dalam separuh pertama tahun ini - 641,000 unit berbanding dengan 564,000 unit oleh Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BYD melihat peningkatan prestasi sebanyak 300 peratus berbanding dari sela masa yang sama tahun lalu.

Tesla pula memberikan alasan bahawa ia mengalami masalah bekalan komponen dan kilang-kilang BYD tidak terletak di kawasan yang tejejas kerana COVID. 

Selain dari itu, BYD meningkatkan lagi pegangan pasaran untuk bateri EV, menjadikan ia sebagai penghasil bateri EV kedua terbesar global selepas CATL dan menjadikan LG Energy turun ke kedudukan ketiga.

EV pertama oleh BYD di Eropah ialah Tang (gambar di bawah). SUV elektrik itu mempunyai jarak gerak sejauh 528 km dan mampu dicaj dari 30 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit.

Tang sudah mula boleh ditempah di Eropah. Ia dilancarkan di Norway tahun lalu dengan harga Euro58,200 atau  RM262,400.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…