Enam suspek pukul pemandu bas serah diri

oleh Mohamad Hanif|
ENAM lelaki dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, kelmarin, ditahan bagi membantu siasatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dibuat ke atas semua suspek lelaki terbabit.

“Enam lelaki berkenaan ditahan selepas mereka hadir ke balai polis malam tadi. Permohonan reman akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi kelmarin, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka sebelum ia tular di media sosial.

Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Terdapat dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Video tular kejadian itu yang dimuat naik di Twitter 'Nan Manjoi8715 kemudian dikesan polis pada…
Berita Domestik
  "Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih…
Berita Domestik
  Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis…