Enam perkara yang perlu diperiksa sebelum pulang ke kampung halaman

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa beberapa minggu lagi rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, dan kemeriahannya kini kian terasa dengan kemunculan limau mandarin serta hiasan-hiasan menarik di pusat membeli belah terkemuka. 

Tidak kurang juga yang merancang untuk pulang ke kampung halaman, setelah sekian lama kesibukan kerja di ibu kota menyelubungi diri. 

Jadi, di sini kami ingin berkongsikan beberapa tips keselamatan supaya perjalanan anda semua lebih selamat dan lebih menenangkan jiwa. 
 

1. Rancang perjalanan terlebih dahulu


Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan jarak jauh, adalah penting untuk anda merancang dahulu tentatif perjalanan anda. 

Ini kerana bukan anda sekeluarga sahaja yang bakal menggunakan jalan raya, malah ribuan lagi keluarga bakal menyertai anda walaupun berlainan haluan.

Ikuti juga kemas kini daripada pengendali lebuhraya utama, serta saluran-saluran media sosial yang memaparkan keadaan trafik semasa. 

Pastikan anda tidak terlepas barangan yang penting, dan lebih mustahak, perkara kedua di bawah. 


2. Semak tarikh servis kenderaan anda


Seperti biasa, adalah penting bagi kita untuk menyemak kembali jadual servis berkala seperti mana yang disarankan oleh pihak pengeluar. 

Pentingnya hal ini supaya kita tidak perlu berbelanja lebih banyak akibat terlepas satu dua perkara, apatah lagi duit tersebut lebih afdal untuk digunakan ketika perayaan bersama keluarga. 

Namun, sekiranya anda memilih kenderaan daripada Volkswagen, usah risau kerana Volkswagen memberikan anda ketenangan jiwa menerusi tawaran penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun. 

Volkswagen juga turut menyemak kembali jadual servis berkala supaya ia lebih mendatangkan penjimatan sehingga 26%, satu keuntungan kepada anda. 

Untuk tidak menyusahkan anda di kemudian hari, pastikan anda memeriksa jadual servis kenderaan anda sebelum merancang perjalanan pulang.  


3. Simpan nombor kecemasan dalam peranti pintar anda


Walaupun dengan persiapan yang rapi, kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada masalah yang tidak diduga. 

Jadi, adalah penting untuk kita menyimpan nombor-nombor kecemasan untuk dihubungi sekiranya berlaku sebarang insiden di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. 

Dengan kepantasan teknologi maklumat semasa, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa menerusi laman rasmi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. 

Buat pemilik kenderaan Volkswagen, muat turun sahaja aplikasi mudah alih Volkswagen Cares, dan anda boleh mendapatkan bantuan tepi jalan 24 jam bila-bila masa sahaja. 

Pendek kata, usah malas mencari!


4. Periksa tekanan tayar anda. 


Tayar merupakan komponen penting pada kenderaan anda bagi menjamin kelancaran perjalanan serta keselesaan keluarga ketika pulang beraya. 

Tayar yang cukup sihat dan sifat akan memberikan pemanduan yang lebih selamat dan menjimatkan penggunaan bahan api. 

Manakala tayar yang kurang tekanan dan kehabisan bunga tayar akan memberikan kesan kepada penggunaan bahan api yang tinggi, malah pengendalian kenderaan juga adalah tidak meyakinkan. 

Semak kembali tetapan tekanan yang telah disarankan oleh pengeluar, dan periksa bunga tayar anda. 


5. Tukar tayar anda dengan Volkswagen Tyre Deals


Jika keadaan memerlukan anda menukar tayar, usah bimbang kerana Volkswagen kini menawarkan promosi Tyre Deals bermula dari harga serendah RM184. 

Usah risau kerana kesemua saiz tayar yang ditawarkan oleh Volkswagen adalah menepati saiz spesifikasi asal kilang yang telah ditetapkan. 

Bukan itu sahaja, terdapat juga pakej yang disekalikan dengan kos pemasangan, imbangan dan penjajaran (balancing & alignment) ini membolehkan anda menikmati penjimatan sehingga RM1,180!

Susah mahu menolak tawaran ini bukan?

Dapatkan semua ini di pusat servis bertauliah Volkswagen berhampiran anda, atau rujuk laman web https://www.volkswagen.com.my/my-vw/service/service-offers#33692-193405


6. Selamat tinggal kabel jump-start


Selain daripada tayar, bateri juga merupakan salah satu komponen paling mustahak untuk memastikan perjalanan anda sentiasa bertenaga, apatah lagi di dalam kereta moden yang penuh dengan sistem yang berasingan seperti pendingin hawa, sistem amaran, hiburan dan sebagainya. 

Oleh sebab itu, amatlah penting untuk memeriksa kadar kesihatan bateri untuk memberikan kuasa yang mencukupi untuk kenderaan anda. 

Ucapkan selamat tinggal kepada kabel jump-start dengan promosi Volkswagen Genuine Batteries. 

Dengan harga serendah RM365, anda bukan sahaja menerima bateri original Volkswagen malah anda berpeluang untuk menerima:

  • pemeriksaan bateri secara percuma
  • penjimatan sehingga 20%
  • paket ang pow percuma!

Anda boleh merujuk laman web yang tertera di bawah ini untuk rujukan:
https://www.volkswagen.com.my/my-vw/parts/battery
​​​​​​​


Pulanglah ke kampung halaman dengan hati yang tenang dan perjalanan yang menyeronokkan bersama pakej promosi Volkswagen Tyre Deals dan Volkswagen Genuine Batteries
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…