Enam perkara berkenaan Ducati Streetfighter V4 2020 perlu anda tahu!

oleh Mohamad Hanif|
Model Ducati Streetfighter telah pun diperkenalkan buat kali pertama pada acara Ducati World Premiere tahun lalu, dan pelancaran rasminya baharu sahaja dibuat menerusi dalam talian baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan kembar naked kepada jentera Ducati Panigale V4 dan hadir dengan nadi Desmosedici bersesaran 1,103 cc yang menghasilkan 208 kuasa kuda dan 122.6 Nm daya kilas.

Berikut merupakan lima perkara yang anda harus tahu berkenaan Ducati Streetfighter V4 2020 ini.

 

1. Motosikal dwi-personaliti.


Menerusi persembahan butiran produk yang dibuat oleh Jeremy Faraud, pereka di sebalik Streetfighter ini kerap menekankan aspek dwi-personaliti yang dipamerkan pada model baharu ini.

Malah, rupa hadapan Ducati Streetfighter ini sebenarnya diinspirasikan daripada watak Joker!

 


Apa yang dimaksudkan dengan dwi-personaliti ini adalah keupayaan sebenar Ducati Streetfighter yang mampu bergerak agresif dan seronok ditunggang di atas litar, namun masih mampu menawarkan tunggangan yang selesa dan mesra pengguna di jalan raya biasa.

 

2. Kadar keselesaan dipertingkat.


Untuk menawarkan keselesaan tunggangan, para jurutera Streetfighter tidak sekadar membuang reraup pada Panigale dan taraa! Siap kerja yang dilakukan.

Apa yang dilakukan lebih daripada itu, seperti contoh handlebar yang lebih tinggi dan lebar manakala tempat meletak kaki pula diletakkan rendah pada rangka motosikal bagi memberikan lebih ruang untuk kaki.

 


Tempat duduk penunggang dan pembonceng pula sememangnya direka supaya lebih empuk dan sedikit rendah untuk menjadikan tunggangan yang lebih selesa untuk semua.

 

3. Aspek aerodinamik yang serius!


Disebabkan kedudukan tunggangan yang berbeza berbanding Panigale, para pereka perlu memikirkan semula aspek aerodinamik yang ada pada Panigale untuk diaplikasikan pada Streetfighter ini.

Jika dilihat dengan teliti, mereka telah mengintegrasikan sepasang pengektrak udara ala-ala Formula 1 kepada komponen semi fairing dan menambah set winglet jenis bi-plane untuk kedua-dua bahagian sisi.

Rekaan ini bertujuan untuk menjadikan motosikal Streetfighter lebih kompak.

 


Winglet ini juga bukan untuk hiasan semata-mata, ia lebih bertujuan untuk menambah daya turun ketika tunggangan kelajuan tinggi, serta memastikan tayar hadapan kekal melekat di atas jalan.

 

4. Nadi Desmosedici + Transmisi DQS EVO 2


Seperti yang diterangkan pada awal artikel, Ducati Streetfighter V4 ini datang dengan enjin baharu 1,103 cc menghasilkan 208 kuasa kuda, sedikit rendah berbanding model asas Panigale.

Anda boleh mencuba sebuah lagi varian Streetfighter yang lebih berkuasa, Ducati Streetfighter V4 S dengan 216 kuasa kuda!

Kuasa itu tadi digandingkan dengan transmisi Ducati Quick Shift Up and Down (DQS) EVO 2 yang membenarkan pengguna menukar gear tanpa klac, selain memanfaatkan data sudut condong bagi memastikan penukaran gear yang lebih lancar ketika mengambil selekoh.

 

5. Pakej Keselamatan dan Kawalan macam MotoGP!


Untuk 'membantu' penunggang menjinakkan kuasa liar itu tadi, Ducati telah mendatangkan pakej elektronik terkini yang dibangunkan berdasarkan Unit Pengukuran Inertia enam paksi (6D IMU) serta ciri-ciri seperti:

  •     ABS Cornering EVO
  •     Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  •     Ducati Slide Control (DSC)
  •     Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  •     Ducati Power Launch (DPL)
  •     Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  •     Engine Brake Control (EBC) EVO
  •     Ducati Electronic Suspension (DES) EVO

 

6. Tiga mod tunggangan


Ducati Streetfigher V4 dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan, iaitu Race, Sport dan Road yang mengadaptasi ciri tetapan seperti pra-muatan sistem suspensi dan kawalan ABS yang diinginkan.

Ciri ini boleh diakses menerusi skrin TFT bersaiz 5 inci yang diposisikan bertenggek di atas lampu utama.

 

 


Dengan ciri opsyen Ducati Multimedia System, pengguna boleh menguruskan beberapa tetapan peribadi seperti panggilan telefon, teks, memainkan muzik dan mengawal input audio dan suara.

Harga jualan Ducati Streetfighter V4 bermula dari €19,990 (RM93,189) manakala Ducati Streetfighter V4 S pula boleh didapati pada angka €22,990 (RM107,175).

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan sebuah Panigale V4 yang telah dibuang kerangka…
Pelancaran Motosikal
Menjanjikan lebih kuasa dan rupa yang lebih agresif, Ducati Streetfighter V4 2020 hadir dengan…