Enam firma rekaan terpilih tampilkan sentuhan Scandinavia pada rumah Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Pertandingan Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge 2020 berakhir dengan enam firma rekaan dalaman Malaysia dinobatkan sebagai pemenang bertempat di Galeri Jualan Eco Ardence, Shah Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam pertandingan tersebut, 10 rekaan telah disenarai pendek berdasarkan keunikan reka bentuk ruang yan gmelambangkan falsafah Scandinavia Volvo, terdiri daripada A&A Concept Design & Contract Sdn. Bhd., Forfar Design Sdn. Bhd., IQI Concept Sdn. Bhd., Orb Group Sdn. Bhd., Kort Studio dan Studio BEVD Sdn. Bhd.

Dianjurkan bersama Volvo Car Malaysia, duduk - jenama baharu dari Eco World Development Group Berhad dan syarikat penerbitan gaya hidup Aurizn, edisi kedua Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge ini bermula pada 14 Mei yang lalu.

Untuk tahun ini, para peserta berpeluang mengikuti taklimat eksklusif dalam talian bersama Jonathan Disley, Ketua Reka Bentuk Volvo Car Asia Pasific dan Owen Ready, Ketua Strategi dan Reka Bentuk Jenama Volvo Cars untuk memahami falsafah Scandinavia Volvo Cars yang mampu memberikan inspirasi kepada rekaan mereka.

 


Enam firma rekaan yang diumumkan itu diberikan peluang untuk menggunakan Volvo S90 T8 Inscription Plus selama enam bulan, selain mendapat kontrak untuk menghias tiga tingkat teratas bagi dua projek duduk by EcoWorld, iaitu Huni D’ EcoArdence dan se.Ruang D’ EcoSanctuary.

Menurut Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "melalui kerjasama kami dengan EcoWorld dan Aurizn, kami berusaha untuk mempromosikan kelestarian dalam setiap aspek kehidupan kami, termasuklah rekaan rumah. Kami berharap bakal pemilik unit-unit ini bukan sahaja dapat menikmati ruang tamu yang seimbang diilhamkan oleh keindahan, kesederhaan dan falsafah fungsi rekaan Scandinavia yang tenang, akan tetapi turut mempunyai ketenangan minda.

Secara keseluruhan, nilai gabungan bagi enam kontrak adalah sebanyak RM4.5 juta untuk kedua-dua pembangunan tersebut.

Oleh kerana tahap minat yang tinggi yang didorong oleh Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge, unit-unit yang dihias sepenuhnya oleh pemenang cabaran ini telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh sebulan oleh pembeli yang berebut hendak menjadi antara orang pertama yang memiliki hartanah dengan rekaan dalaman yang dipilih oleh rakyat Malaysia dan direka dengan falsafah rekaan Scandinavia Volvo Car.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai rekaan yang menang dan unit duduk by EcoWorld, sila kunjungi http://www.duduk.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Concept Recharge membawakan pegangan 'kurang, tetapi lebih baik' di mana struktur binaan kenderaan…
Berita Global
Dengan sasaran untuk mencapai status bandar neutral iklim menjelang 2030, Volvo Cars telah…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…