Kemalangan berlaku ketika trak itu dalam perjalanan pulang selepas membawa petugas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan.
"Tiada kemalangan jiwa yang dialami dan kesemua 25 petugas terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk menerima rawatan awal.
"Dua petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan kaki," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Komander Hadapan Bilik Gerakan LIMA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata kemalangan trak TLDM itu turut melibatkan empat lagi kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza, dua kereta Perodua Axia dan sebuah kereta Perodua Viva.
Bomba menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 3 petang.
Mangsa orang awam yang cedera pula diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.