Enam cedera, bas ekspres jatuh gaung di Sabah

oleh Firdaus Razani|
Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu berjaya mengeluarkan enam mangsa yang mengalami kecederaan dalam insiden kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas penumpang.

Dilaporkan bahawa bas ekspres yang membawa 32 penumpang tersebut telah terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu, Sabah pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.24 malam tadi (20 Jun).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba Lahad Datu, Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Bas Senex Express (32 penumpang) hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Seramai 19 orang penumpang menaiki bas berkenaan, separuh daripada mangsa telah keluar dengan sendirinya dari bas iaitu seramai 13 orang.

“Manakala terdapat enam orang mangsa cedera berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua enam mangsa diserahkan kepada pihak petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

“Seterusnya kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam,” katanya.

 

SUMBER : SabahMedia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut syarikat itu, tindakan dalam video berkenaan disifatkan sebagai mengecewakan, membimbangkan…
Berita Domestik
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, dua mangsa dilaporkan tersepit dan…
Berita Global
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tegas bahawa tindakan penguatkuasaan akan…